web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Menteri Luar Palestin Sampaikan Penghargaan Terhadap Sokongan Malaysia

Luar Negara Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Feb 2024 3:51PM

Menteri Luar Palestin Riyad Al Malki dalam pertemuan dengan Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan. - gambar Wisma Putra

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Menteri Luar Palestin Riyad Al Malki menyampaikan penghargaan terhadap sokongan Malaysia yang berterusan bagi perjuangan rakyat Palestin.

Penghargaan Palestin itu disampaikan kepada Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan yang mengadakan pertemuan dengan Riyad di Kedutaan Palestin di The Hague, Belanda pada Rabu.

Pertemuan itu dikongsi Mohamad dan Wisma Putra dalam catatan di Facebook lewat Rabu malam.

"Kami bertukar pandangan dan berbincang berkenaan usaha untuk terus memberikan penekanan kepada masyarakat antarabangsa mengenai usaha menamatkan kekejaman dan genosid yang sedang berlaku di Gaza dan Tebing Barat di Palestin," katanya.

Menurut Mohamad, agenda mengenai penyelesaian isu Palestin melalui 'penyelesaian dua negara' dan penerimaan status negara Palestin yang berdaulat juga turut dibincangkan dalam pertemuan itu.

Mohamad kini berada di The Hague untuk mengambil bahagian dalam sesi pendengaran awam bagi mendapatkan Pendapat Nasihat Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) berhubung isu Palestin.

Beliau mengetuai delegasi Malaysia di ICJ berhubung permintaan untuk Pendapat Nasihat berkaitan kesan perundangan yang timbul daripada dasar dan amalan Israel di wilayah Palestin yang diduduki termasuk Baitulmaqdis Timur.

Mohamad dijadual menyampaikan kenyataan lisan Malaysia di Peace Palace di The Hague pada 22 Feb kira-kira 5.10 petang waktu tempatan (kira-kira 12.10 tengah malam, 23 Februari waktu Malaysia).

Permohonan untuk Pendapat Nasihat itu terhasil daripada Resolusi 77/247 Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) yang telah diterima pakai pada 30 Disember 2022, dengan Malaysia menyokong dan menaja bersama resolusi berkenaan.

Pendapat Nasihat merupakan prosedur berasingan daripada permohonan Afrika Selatan bagi memulakan prosiding terhadap Israel yang difailkan di ICJ pada 29 Disember 2023.

Mohamad sebelum ini mengulangi pendirian teguh Malaysia bahawa rakyat Palestin berhak mendapat negara yang merdeka dan berdaulat berdasarkan sempadan pra-1967, dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negaranya. - BERNAMA

Sorotan

1

Buat Aksi ‘Fast & Furious’ Di Jalan Raya, Pemandu Tanpa Lesen Diburu Polis

2

Ekonomi Kebencian: Apabila Perpecahan Menjadi Model Perniagaan

3

Hos Jualan Siaran Langsung Dakwa Jadi Mangsa Buli Siber, Rugi RM70,000

4

Pokok Gergasi Lebih 150 Tahun Tumbang, Warga Emas Nyaris Maut 

5

Keadilan Tidak Wajar Tunduk kepada Kuasa: Karim Khan, ICC Dan Dunia Hari Ini

6

Gara-Gara Memotong Barisan, 2 Lelaki Akhirnya Bertumbuk

Disyorkan untuk anda

Politik 13 jam yang lalu

‘Menang Atau Kalah, Saya Tetap Perdana Menteri’ - Anwar

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pengampunan Terhadap Jho Low Oleh AS Tak Jejas Pendirian Malaysia - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

C4 Center, Bersih Gesa Kerajaan Dedah Hasil Siasatan Kes Azam Baki

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Hos Jualan Siaran Langsung Dakwa Jadi Mangsa Buli Siber, Rugi RM70,000

oleh Amirah Abu Bakar