web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


PEMILU 2024: KPU Umum Pengundian Tambahan Di 668 Pusat Pengundian

Luar Negara Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Feb 2024 12:47PM

gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JAKARTA - Suruhanjaya Pilihan Raya Umum Indonesia (KPU) sedang mengatur Pemilihan Umum (PEMILU) susulan atau pengundian tambahan di 668 pusat pengundian (TPS) di empat wilayah berikutan isu seperti banjir, kekurangan kertas undi dan kebimbangan keselamatan.

Dalam sidang media pada Rabu malam, Pengerusi KPU, Hasyim Asy'ari mengumumkan bahawa pengundian tambahan itu akan diadakan di Demak, Batam, Jayawijaya, Paniai dan Puncak Jaya.

Beliau berkata, Demak, yang terletak di Jawa Tengah, sebagai contoh sedang berdepan banjir yang menjejaskan 108 TPS, manakala Batam di Kepulauan Riau mengalami kekurangan kertas undi di lapan TPS.

Menurut beliau, Jayawijaya di Papua Highlands pula berdepan dengan ancaman keselamatan yang menjejaskan empat TPS, manakala Paniai dan Puncak Jaya di Papua Tengah masing-masing menghadapi masalah di 92 TPS dan 456 TPS.

Indonesia mengadakan pilihan raya presiden dan legislatif pada Rabu, melibatkan 204.8 juta pengundi dengan 820,161 pusat mengundi dibuka di 38 wilayah.

Calon presiden, Prabowo Subianto dilapor muncul sebagai pendahulu PEMILU 2024 Indonesia berdasarkan kiraan pantas atau quick count dengan memperoleh lebih 50 peratus undi.

Keputusan itu selari dengan ramalan banyak analis bahawa menteri pertahanan dan regunya, Gibran Rakabumi Raka, Datuk Bandar Solo di Jawa Tengah, boleh menang dalam satu pusingan.

Litbang Kompas menunjukkan bahawa Prabowo mendapat 58.73 peratus undi, dengan Anies Baswedan pula 25.10 peratus undi dan Ganjar Pranowo memperoleh 16.17 peratus undi, berdasarkan 88.45 peratus sampel di pusat-pusat pengundian.

Menurut Poltracking, Prabowo mendapat 59.35 peratus undi, Anies pada 24.37 peratus, sementara Ganjar pada 16.28 peratus, berdasarkan kiraan 95.67 peratus undi contoh.

Keputusan kiraan pantas daripada badan penyelidikan yang berdaftar dengan KPU adalah tidak rasmi tetapi dijangka selari dengan kiraan rasmi KPU yang dijangka dikeluarkan pada 20 Mac.

Prabowo ketika mengulas keputusan kiraan pantas malam tadi menekankan keperluan untuk merendah diri dan menunggu keputusan rasmi dari KPU.

"Sementara kami menghargai petunjuk kemenangan, adalah penting untuk tetap rendah diri. Kemenangan ini harus dilihat sebagai kemenangan untuk semua rakyat Indonesia," katanya di Istora Senayan.

Sementara itu, Anies dilaporkan berkata: "Proses pengiraan rasmi mengambil masa, ayuh kekal tenang".

Ganjar pula dilaporkan berkata: "Kami memantau dengan teliti semua keputusan kiraan pantas yang dilaporkan dan semestinya menunggu pengiraan akhir rasmi". - BERNAMA

pix: Kredit: Suruhanjaya Pilihan Raya Umum Indonesia (KPU)

Berita Berkaitan

1

Semasa 9 bulan yang lalu

Aniaya Kanak-Kanak Hingga Maut: Pasangan Indonesia Mengaku Salah

2

Semasa 11 bulan yang lalu

M’sia-Indonesia Sepakat Kukuhkan Kedudukan, Enggan Serahkan Nasib ASEAN Ke Tangan Kuasa Luar

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Imigresen Sabah Hantar Pulang 153 Pendatang Indonesia

4

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Puting Beliung Landa Sumedang, Bandung Di Indonesia

Sorotan

1

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

4

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

5

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Politik 19 jam yang lalu

UMNO Tolak Cadangan ‘PBN’ Hamzah, Kerjasama BN-PN Bukan Pembentukan Gabungan Baharu

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Urus Niaga Sekuriti Tanpa Lesen, Bekas Penganalisis Bank Dipenjara 3 Tahun

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 15 jam yang lalu

‘Takde’ Masa Layan Serangan Pembangkang, Sekarang Masa Jelaskan Manifesto - Tok Min

oleh Sophia Ahmad