web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Serangan Ke Atas Rafah Boleh Sebabkan Kehilangan Nyawa 'Dalam Skala Besar' – PBB

Luar Negara Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Feb 2024 4:27PM

Kemusnahan akibat serangan Israel. - gambar IRNA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

NEW YORK - Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Selasa memberi amaran bahawa serangan berterusan Israel ke atas bandar Rafah di selatan Gaza boleh menyebabkan kehilangan nyawa orang awam dalam skala besar dan menggesa setiap usaha yang mungkin untuk menghentikan serangan itu.

Ini susulan tindakan tentera penceroboh menjadikan bandar itu sebagai sasaran utama operasi ketenteraan mereka sejak kebelakangan ini.

Pejabat Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (OCHA) turut memberi amaran mengenai kesan buruk serangan darat di Rafah yang menempatkan kira-kira 1.5 juta warga Palestin yang kehilangan tempat tinggal dan berlindung di kem-kem atau bangunan yang rosak akibat dibom tentera rejim, lapor Agensi Berita Iran (IRNA).

"Di bawah undang-undang kemanusiaan antarabangsa, serangan secara melulu di kawasan berpenduduk mungkin merupakan jenayah perang," kata jurucakap OCHA, Jens Laerke dalam satu taklimat di Geneva, Switzerland.

Beliau berkata peningkatan serangan di Rafah dalam situasi itu boleh mengakibatkan kematian orang awam dalam jumlah yang besar dan semua pihak harus melakukan segala yang mungkin untuk menghalangnya.

OCHA baru-baru ini melaporkan bahawa pengeboman berterusan Israel dari udara, darat dan laut di sebahagian besar Semenanjung Gaza, mengakibatkan kematian orang awam, pengusiran dan kemusnahan infrastruktur awam.

Kem pelarian yang dihuni rakyat Palestin. - gambar IRNA
Kem pelarian yang dihuni rakyat Palestin. - gambar IRNA

Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN CEF) juga memaklumkan bahawa kira-kira 1.3 juta warga Palestin yang kehilangan tempat tinggal sedang berada di jalan-jalan di Rafah. - BERNAMA-IRNA

Sorotan

1

Buat Aksi ‘Fast & Furious’ Di Jalan Raya, Pemandu Tanpa Lesen Diburu Polis

2

Ekonomi Kebencian: Apabila Perpecahan Menjadi Model Perniagaan

3

Hos Jualan Siaran Langsung Dakwa Jadi Mangsa Buli Siber, Rugi RM70,000

4

Pokok Gergasi Lebih 150 Tahun Tumbang, Warga Emas Nyaris Maut 

5

Keadilan Tidak Wajar Tunduk kepada Kuasa: Karim Khan, ICC Dan Dunia Hari Ini

6

Gara-Gara Memotong Barisan, 2 Lelaki Akhirnya Bertumbuk

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

Malaysia Tidak Terikat Beri Hak Sama Rata Kepada Pemegang Kad UNHCR - Pakar

oleh Wartawan Getaran

Politik 1 hari yang lalu

PH Lancar Manifesto ‘Johor Untuk Semua’, Sasar 250,000 Pekerjaan Baharu Bergaji Tinggi

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 13 jam yang lalu

C4 Center, Bersih Gesa Kerajaan Dedah Hasil Siasatan Kes Azam Baki

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pengampunan Terhadap Jho Low Oleh AS Tak Jejas Pendirian Malaysia - PM

oleh Sophia Ahmad