web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Sekurang-kurangnya 15 Kanak-kanak Cedera Jambatan Kecemasan Runtuh Di Thailand

Luar Negara Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Jan 2024 10:15AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BANGKOK - Sambutan Hari Kanak-Kanak Kebangsaan di wilayah selatan Satun bertukar tragedi selepas sebuah jambatan kecemasan runtuh, menyebabkan sekurang-kurangnya 15 kanak-kanak cedera pada Sabtu.

Jambatan itu ditempatkan di pejabat pentadbiran daerah Khuan Don untuk aktiviti hiburan bagi kanak-kanak sempena sambutan berkenaan.

Insiden berlaku sekitar 11.45 pagi waktu tempatan.

Tali anduh besi yang menyokong jambatan itu terputus secara tiba-tiba menyebabkan kira-kira 35 kanak-kanak terjatuh pada ketinggian dua hingga tiga meter.

Pihak berkuasa telah menjalankan siasatan untuk mengenal pasti punca kejadian.

Susulan insiden itu Perdana Menteri Srettha Thavisin mahu pemeriksaan rapi dan penyelenggaran berkala terhadap peralatan permainan.

"Penganjur perlu mengutamakan keselamatan dengan menjalankan pemeriksaan menyeluruh sebelum peralatan digunakan dan menyelenggara secara berkala," katanya dalam satu kenyataan. - BERNAMA

Sorotan

1

Buat Aksi ‘Fast & Furious’ Di Jalan Raya, Pemandu Tanpa Lesen Diburu Polis

2

Ekonomi Kebencian: Apabila Perpecahan Menjadi Model Perniagaan

3

Hos Jualan Siaran Langsung Dakwa Jadi Mangsa Buli Siber, Rugi RM70,000

4

Pokok Gergasi Lebih 150 Tahun Tumbang, Warga Emas Nyaris Maut 

5

Keadilan Tidak Wajar Tunduk kepada Kuasa: Karim Khan, ICC Dan Dunia Hari Ini

6

Gara-Gara Memotong Barisan, 2 Lelaki Akhirnya Bertumbuk

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pengampunan Terhadap Jho Low Oleh AS Tak Jejas Pendirian Malaysia - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Malaysia Tidak Terikat Beri Hak Sama Rata Kepada Pemegang Kad UNHCR - Pakar

oleh Wartawan Getaran

Politik 13 jam yang lalu

‘Menang Atau Kalah, Saya Tetap Perdana Menteri’ - Anwar

oleh Sophia Ahmad

Politik 16 jam yang lalu

Kemenangan Pilihan Raya Bukan Mandat Untuk Ampun Individu Tertentu - Sivamalar

oleh Sophia Ahmad