web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


UNRWA Beri Amaran 40 Peratus Penduduk Gaza Berisiko Kebuluran

Luar Negara Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Dec 2023 2:17PM

Sekatan Israel terhadap kemasukan trak bantuan ke Gaza menyebabkan 40 peratus penduduknya berdepan kebuluran. - gambar UNRWA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BAITULMAQDIS - Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin (UNRWA) memberi amaran bahawa bantuan yang dibawa masuk ke Semenanjung Gaza tidak mencukupi, menyebabkan 40 peratus penduduknya "berdepan kebuluran" susulan sekatan Israel terhadap kemasukan trak bantuan.

UNRWA mengulangi amaran bahawa kawasan yang terkepung itu "bergelut dengan isu kelaparan yang dahsyat", sambil menyeru "gencatan senjata kemanusiaan" di tengah-tengah serangan udara Israel tanpa henti selama lebih 83 hari, lapor Agensi Berita dan Maklumat Palestin (WAFA).

"Setiap hari berkisarkan perjuangan untuk terus hidup, mencari makanan dan air.

“Realitinya, kita memerlukan lebih banyak bantuan. Satu-satunya harapan yang tinggal ialah gencatan senjata kemanusiaan,” kata Pengarah Hal Ehwal UNRWA di Gaza Thomas White di platform X.

Minggu lalu, Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu meluluskan resolusi mengenai lebih banyak bantuan untuk Gaza selepas ditangguhkan beberapa hari, tetapi agensi bantuan dan penyokong hak asasi manusia menyifatkan resolusi itu sebagai " tidak mencukupi" dan "hampir tidak bermakna".

Terbaharu, Agensi PBB memberi amaran keras mengenai malapetaka kemanusiaan yang berlaku di Gaza ketika tentera Israel terus membedil wilayah itu, memburukkan lagi krisis kemanusiaan.

Lebih 80 peratus daripada 2.4 juta penduduk Gaza telah meninggalkan kediaman mereka dan tinggal di tempat perlindungan sempit atau khemah sementara di bahagian selatan, di dalam dan sekitar bandar Rafah berhampiran sempadan Mesir, menurut PBB. - BERNAMA-WAFA

Sorotan

1

Buat Aksi ‘Fast & Furious’ Di Jalan Raya, Pemandu Tanpa Lesen Diburu Polis

2

Ekonomi Kebencian: Apabila Perpecahan Menjadi Model Perniagaan

3

Hos Jualan Siaran Langsung Dakwa Jadi Mangsa Buli Siber, Rugi RM70,000

4

Pokok Gergasi Lebih 150 Tahun Tumbang, Warga Emas Nyaris Maut 

5

Keadilan Tidak Wajar Tunduk kepada Kuasa: Karim Khan, ICC Dan Dunia Hari Ini

6

Gara-Gara Memotong Barisan, 2 Lelaki Akhirnya Bertumbuk

Disyorkan untuk anda

Politik 17 jam yang lalu

Kemenangan Pilihan Raya Bukan Mandat Untuk Ampun Individu Tertentu - Sivamalar

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

Malaysia Tidak Terikat Beri Hak Sama Rata Kepada Pemegang Kad UNHCR - Pakar

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Kerajaan Tambah RM10 Juta Bantu Pemandu Teksi Tukar Kenderaan Lama

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Pengampunan Terhadap Jho Low Oleh AS Tak Jejas Pendirian Malaysia - PM

oleh Sophia Ahmad