web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Malaysia Galakkan Penerusan Kerjasama ASEAN-Jepun Tingkatkan Standard Keselamatan Siber - PM

Luar Negara Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Dec 2023 12:02PM

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida di Sidang Kemuncak Peringatan ASEAN-Jepun. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TOKYO - Mengiktiraf kepakaran Jepun dalam ruang siber, Malaysia menggalakkan penerusan kepada kerjasama ASEAN-Jepun, untuk meningkatkan lagi standard keselamatan siber di rantau Asia Tenggara dengan perkongsian amalan terbaik, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata ini kerana dengan pengembangan landskap digital, ancaman siber juga meningkat secara cepat.

“Bersama-sama, kita mesti mengutamakan perlindungan untuk rakyat daripada eksploitasi siber yang berkaitan dengan keganasan, pemerdagangan orang serta pelbagai jenayah siber dan transnasional,” katanya dalam ucapannya dalam agenda pertama Sidang Kemuncak Peringatan ASEAN-Jepun, bertemakan Kajian Semula Hubungan ASEAN-Jepun.

Perdana Menteri berkata Jepun boleh berkongsi dengan ASEAN pengetahuan dan kemahirannya, dengan memfokuskan kepada bidang seperti perlindungan harta intelek, privasi data dan risikan ancaman.

Menurut Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Keadilan ASEAN-Jepun Julai lalu, yang dianjurkan bersama oleh Malaysia dan Jepun, Anwar berkata Malaysia menggalakkan ASEAN dan Jepun membangunkan inisiatif pendidikan.

Beliau berkata perkara ini boleh membantu untuk menggalakkan pemahaman dalam kalangan orang ramai mengenai nilai yang membentuk undang-undang dan sistem perundangan kita, serta undang-undang antarabangsa.

“Selama ini, hubungan ASEAN-Jepun telah berkembang pesat berdasarkan kepada tiga tonggak.

“Pada ketika kita menyambut hubungan 50 tahun, kita mewujudkan Perkongsian Strategik Komprehensif ASEAN-Jepun,” katanya.

Sidang itu merupakan kemuncak kepada aktiviti memperingati ulang tahun ke-50 hubungan persahabatan dan kerjasama ASEAN-Jepun. Acara peringatan itu bermula dengan simposium di Jakarta, Indonesia, pada Februari dan di Tokyo pada Mac.

Sepanjang tahun ini, pelbagai acara dan projek telah dianjurkan oleh pihak swasta dan kerajaan bagi memperingati ulang tahun ke-50 itu. Ini termasuk Minggu Perniagaan ASEAN-Jepun pada Jun, Mesyuarat Khas Menteri Kehakiman ASEAN-Jepun pada Julai, dan Dialog Khas Menteri Pelancongan ASEAN-Jepun pada Oktober. - BERNAMA

Sorotan

1

Buat Aksi ‘Fast & Furious’ Di Jalan Raya, Pemandu Tanpa Lesen Diburu Polis

2

Ekonomi Kebencian: Apabila Perpecahan Menjadi Model Perniagaan

3

Hos Jualan Siaran Langsung Dakwa Jadi Mangsa Buli Siber, Rugi RM70,000

4

Pokok Gergasi Lebih 150 Tahun Tumbang, Warga Emas Nyaris Maut 

5

Keadilan Tidak Wajar Tunduk kepada Kuasa: Karim Khan, ICC Dan Dunia Hari Ini

6

Gara-Gara Memotong Barisan, 2 Lelaki Akhirnya Bertumbuk

Disyorkan untuk anda

Politik 14 jam yang lalu

‘Menang Atau Kalah, Saya Tetap Perdana Menteri’ - Anwar

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

C4 Center, Bersih Gesa Kerajaan Dedah Hasil Siasatan Kes Azam Baki

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Hos Jualan Siaran Langsung Dakwa Jadi Mangsa Buli Siber, Rugi RM70,000

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Pengampunan Terhadap Jho Low Oleh AS Tak Jejas Pendirian Malaysia - PM

oleh Sophia Ahmad