web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


PM, Pemimpin ASEAN Sertai Sidang Kemuncak Peringatan ASEAN-Jepun

Luar Negara Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Dec 2023 10:40AM

Pemimpin ASEAN dan Presiden Jepun, Fumio Kishida bergambar kenangan pada Sidang Kemuncak Peringatan ASEAN-Jepun. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TOKYO - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menyertai pemimpin-pemimpin ASEAN yang lain pada Sidang Kemuncak Peringatan ASEAN-Jepun, antara acara utama pada lawatan lima hari beliau ke Jepun.

Pemimpin daripada 10 negara anggota kecuali Myanmar, berada di Tokyo untuk sidang kemuncak itu. Sidang itu juga turut disertai Timor Leste.

Perdana Menteri menjadi pemimpin ASEAN kelima untuk tiba pada mesyuarat tersebut, dengan Perdana Menteri Timor Leste Xanana Gusmao menjadi orang pertama tiba. Kesemua pemimpin negara ASEAN telah disambut Perdana Menteri Jepun Fumio Kishida.

Sidang kemuncak setengah hari itu bermula pada 9.30 pagi (waktu tempatan) di Hotel Okura dan pada akhir sidang kemuncak itu, para pemimpin akan mengeluarkan Kenyataan Wawasan Bersama dan Pelan Pelaksanaannya pada 1.35 tengah hari.

Turut bersama Anwar pada sidang itu, Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan, Ketua Setiausaha Kementerian Luar Datuk Seri Amran Mohamed Zin, Duta Malaysia ke Jepun Datuk Shahril Effendi Abd Ghany dan Ketua Pengarah bagi Sekretariat Kebangsaan ASEAN Datuk Zanariah Zainal Abidin.

Sidang itu merupakan kemuncak kepada aktiviti memperingati ulang tahun ke-50 hubungan dialog ASEAN-Jepun. Acara peringatan itu bermula dengan simposium di Jakarta, Indonesia, pada Februari dan di Tokyo pada Mac.

Sepanjang tahun ini, pelbagai acara dan projek telah dianjurkan oleh pihak swasta dan kerajaan bagi memperingati ulang tahun ke-50 itu. Ini termasuk Minggu Perniagaan ASEAN-Jepun pada Jun, Mesyuarat Khas Menteri Kehakiman ASEAN-Jepun pada Julai, dan Dialog Khas Menteri Pelancongan ASEAN-Jepun pada Oktober.

Selepas sesi pertama, Anwar yang tiba di sini pada Jumaat, dijangka akan mengadakan pertemuan dua hala ringkas di luar acara bersama Perdana Menteri Vietnam Pham Minh Chinh pada 11.20 pagi, sebelum sesi kedua diteruskan pada 11.50 pagi.

Pada sebelah petang, Anwar akan ditemu bual dua media Jepun: Biro Jakarta Asahi Shimbun pada 3.30 petang dan Nihon Keizai Shimbun pada 4:15 petang.

Perdana Menteri bersama isterisnya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail juga akan menghadiri Pre-Gala Commemorative Lighting Ceremony, diikuti dengan majlis makan malam pada jam 7 malam, di hotel yang sama sidang kemuncak itu diadakan. - BERNAMA

Sorotan

1

Buat Aksi ‘Fast & Furious’ Di Jalan Raya, Pemandu Tanpa Lesen Diburu Polis

2

Ekonomi Kebencian: Apabila Perpecahan Menjadi Model Perniagaan

3

Hos Jualan Siaran Langsung Dakwa Jadi Mangsa Buli Siber, Rugi RM70,000

4

Pokok Gergasi Lebih 150 Tahun Tumbang, Warga Emas Nyaris Maut 

5

Keadilan Tidak Wajar Tunduk kepada Kuasa: Karim Khan, ICC Dan Dunia Hari Ini

6

Gara-Gara Memotong Barisan, 2 Lelaki Akhirnya Bertumbuk

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Hos Jualan Siaran Langsung Dakwa Jadi Mangsa Buli Siber, Rugi RM70,000

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Kerajaan Tambah RM10 Juta Bantu Pemandu Teksi Tukar Kenderaan Lama

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

PH Lancar Manifesto ‘Johor Untuk Semua’, Sasar 250,000 Pekerjaan Baharu Bergaji Tinggi

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 17 jam yang lalu

Malaysia Tidak Terikat Beri Hak Sama Rata Kepada Pemegang Kad UNHCR - Pakar

oleh Wartawan Getaran