web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


12 Terbunuh Dalam Serangan Tentera Israel Di Hospital Indonesia Di Gaza

Luar Negara Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Nov 2023 6:20PM

gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BANDARAYA GAZA - Sekurang-kurangnya 12 orang terbunuh dan ramai lagi cedera dalam serangan Israel ke atas Hospital Indonesia di utara Semenanjung Gaza pada Isnin, lapor Agensi Anadolu memetik kenyataan Kementerian Kesihatan wilayah itu.

Menurut kementerian berkenaan, nyawa beribu-ribu pesakit, kakitangan perubatan dan penduduk yang dipindahkan berada dalam risiko akibat pengeboman berterusan ke atas Hospital Indonesia itu.

Agensi Berita Palestin Wafa, sebelum ini melaporkan bahawa lapan orang terbunuh dalam serangan Israel ke atas hospital berkenaan.

Terdapat 150 pesakit, 100 kakitangan perubatan dan beribu-ribu orang yang kehilangan tempat tinggal berada di kemudahan itu.

Saksi berkata, serangan oleh tentera penceroboh Israel menyebabkan hospital berkenaan terputus bekalan elektrik selepas generatornya tidak dapat berfungsi.

Sejak Israel mula mengebom Gaza pada 7 Oktober lalu, sekurang-kurangnya 13,000 rakyat Palestin terbunuh, termasuk lebih 9,000 wanita dan kanak-kanak manakala lebih 30,000 lagi cedera, menurut angka terkini.

Beribu-ribu bangunan, termasuk hospital, masjid dan gereja turut rosak atau musnah akibat serangan udara dan darat yang berterusan. 

Sekatan Israel juga menyebabkan Gaza terputus bekalan bahan api, elektrik dan air serta penghantaran bantuan berkurangan. - BERNAMA-ANADOLU

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 1 bulan yang lalu

8 Negara Kecam Menteri Israel Berhubung Layanan Terhadap Tahanan Flotila

2

Semasa 9 bulan yang lalu

3 Lagi Rakyat Malaysia Ditahan Tentera Israel, Jumlah 15 Setakat Ini - SNCC

3

Luar Negara 1 tahun yang lalu

Ismail Haniyeh Maut, Serangan Didakwa Dibuat Rejim Zionis

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Kontena Israel Diarah Patah Balik Ke Thailand - Kastam Perlis

Sorotan

1

Buat Aksi ‘Fast & Furious’ Di Jalan Raya, Pemandu Tanpa Lesen Diburu Polis

2

Ekonomi Kebencian: Apabila Perpecahan Menjadi Model Perniagaan

3

Hos Jualan Siaran Langsung Dakwa Jadi Mangsa Buli Siber, Rugi RM70,000

4

Pokok Gergasi Lebih 150 Tahun Tumbang, Warga Emas Nyaris Maut 

5

Keadilan Tidak Wajar Tunduk kepada Kuasa: Karim Khan, ICC Dan Dunia Hari Ini

6

Gara-Gara Memotong Barisan, 2 Lelaki Akhirnya Bertumbuk

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Kerajaan Tambah RM10 Juta Bantu Pemandu Teksi Tukar Kenderaan Lama

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Khianat Bahan Kempen: Polis Johor Buka 8 Kertas Siasatan 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

C4 Center, Bersih Gesa Kerajaan Dedah Hasil Siasatan Kes Azam Baki

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

Malaysia Tidak Terikat Beri Hak Sama Rata Kepada Pemegang Kad UNHCR - Pakar

oleh Wartawan Getaran