web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tentera Israel Paksa 500 Pesakit Kosongkan Hospital Al-Shifa

Luar Negara Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Nov 2023 8:35PM

Kira-kira 500 pesakit Hospital Al-Shifa diarah mengosongkan kemudahan kesihatan itu oleh tentera Israel. - gambar Agensi Anadolu

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

GAZA - Tentera penceroboh Israel memaksa kira-kira 500 pesakit di Hospital Al-Shifa di barat Bandaraya Gaza, termasuk yang cedera parah supaya mengosongkan hospital itu, menurut pejabat media kerajaan di Semenanjung Gaza pada Sabtu.

Mereka hanya diberi masa sejam untuk mengosongkan Kompleks Perubatan Al-Shifa, lapor Agensi Anadolu.

Pejabat media Gaza mempertanggungjawabkan sepenuhnya ke atas Israel terhadap keselamatan dan nyawa semua mereka yang berada di Al-Shifa, termasuk yang cedera, bayi pramatang dan kakitangan perubatan.

"Institusi dan organisasi antarabangsa juga bertanggungjawab atas kecuaian dan tindak balas susulan dan penyelarasan yang lemah dalam melindungi hospital dan pusat kesihatan yang sepatutnya mempunyai imuniti antarabangsa dan undang-undang," menurut pejabat media itu dalam satu kenyataan.

Kenyataan itu juga menegaskan bahawa bahan api mesti disediakan kepada semua hospital di Semenanjung Gaza bagi membolehkan perkhidmatan kesihatan, perubatan dan kemanusiaan disediakan kepada puluhan ribu yang cedera dan sakit. - BERNAMA-ANADOLU

Sorotan

1

Buat Aksi ‘Fast & Furious’ Di Jalan Raya, Pemandu Tanpa Lesen Diburu Polis

2

Ekonomi Kebencian: Apabila Perpecahan Menjadi Model Perniagaan

3

Hos Jualan Siaran Langsung Dakwa Jadi Mangsa Buli Siber, Rugi RM70,000

4

Pokok Gergasi Lebih 150 Tahun Tumbang, Warga Emas Nyaris Maut 

5

Keadilan Tidak Wajar Tunduk kepada Kuasa: Karim Khan, ICC Dan Dunia Hari Ini

6

Gara-Gara Memotong Barisan, 2 Lelaki Akhirnya Bertumbuk

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PH Lancar Manifesto ‘Johor Untuk Semua’, Sasar 250,000 Pekerjaan Baharu Bergaji Tinggi

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Khianat Bahan Kempen: Polis Johor Buka 8 Kertas Siasatan 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Hos Jualan Siaran Langsung Dakwa Jadi Mangsa Buli Siber, Rugi RM70,000

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 16 jam yang lalu

‘Menang Atau Kalah, Saya Tetap Perdana Menteri’ - Anwar

oleh Sophia Ahmad