web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kesan Krisis Kemanusiaan Di Palestin Bukan Hanya Babitkan Timur Tengah, Tapi Juga Hubungan Global – Anwar

Luar Negara Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Nov 2023 9:13AM

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada syarahan khas bertajuk: “Super Power Rivalry and Rising Tensions in the Asia Pacific” di University of California. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SAN FRANCISCO - Krisis kemanusiaan di Palestin akan memberi kesan bukan sahaja kepada rakyat Palestin atau rantau Timur Tengah secara meluas, tetapi juga kepada hubungan global untuk satu tempoh yang panjang, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Apa yang berlaku di Palestin hari ini akan memberi kesan kepada kita. Implikasi kepada pertelingkahan ini amat signifikan dan akan berlarutan untuk tempoh yang panjang.

“Ini adalah pelanggaran undang-undang antarabangsa secara terang-terangan,” katanya pada syarahan khas bertajuk: “Super Power Rivalry and Rising Tensions in the Asia Pacific” di University of California di sini, pada Rabu. Kira-kira 250 pelajar menghadiri majlis itu.

Malaysia secara konsisten menggesa diadakan gencatan senjata, dan hentikan pengeboman Gaza yang berterusan ketika ini.

“Seperti yang saya nyatakan di Parlimen Malaysia, tidak ada kata dua dalam perkara ini. Kita mengutuk keganasan, dalam semua bentuk, dan kita mengutuk secara mutlak tindakan membunuh, mengorbankan nyawa mereka yang tidak bersalah, dan menjadikan wanita serta kanak-kanak sebagai tebusan.

“Kita dengan tegas mengutuk pengeboman orang awam, rumah dan hospital serta kekejaman yang terhadap mereka yang tidak bersalah, kanak-kanak, wanita dan lelaki, dilakukan siang dan malam di Gaza,” katanya.

Beliau berkata Malaysia melihat ini sebagai krisis kemanusiaan yang dicetuskan oleh peperangan yang kejam dan tanpa mengira siapa sahaja yang jadi mangsanya.

“Pokoknya ini bukan soal ketuhanan. Lagipun lebih 11,000 mangsa di Gaza terdiri daripada orang Islam dan Kristian serta warganegara pelbagai negara.

“Ini adalah mengenai usaha mencegah lebih banyak kematian, penderitaan dan kebencian.

“Penyokong perjuangan Palestin bukanlah penyalur ucapan kebencian mahupun penyokong keganasan,” tegasnya. - BERNAMA

Sorotan

1

Buat Aksi ‘Fast & Furious’ Di Jalan Raya, Pemandu Tanpa Lesen Diburu Polis

2

Ekonomi Kebencian: Apabila Perpecahan Menjadi Model Perniagaan

3

Hos Jualan Siaran Langsung Dakwa Jadi Mangsa Buli Siber, Rugi RM70,000

4

Pokok Gergasi Lebih 150 Tahun Tumbang, Warga Emas Nyaris Maut 

5

Keadilan Tidak Wajar Tunduk kepada Kuasa: Karim Khan, ICC Dan Dunia Hari Ini

6

Gara-Gara Memotong Barisan, 2 Lelaki Akhirnya Bertumbuk

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PH Lancar Manifesto ‘Johor Untuk Semua’, Sasar 250,000 Pekerjaan Baharu Bergaji Tinggi

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 16 jam yang lalu

C4 Center, Bersih Gesa Kerajaan Dedah Hasil Siasatan Kes Azam Baki

oleh Sophia Ahmad

Politik 19 jam yang lalu

Kemenangan Pilihan Raya Bukan Mandat Untuk Ampun Individu Tertentu - Sivamalar

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Hos Jualan Siaran Langsung Dakwa Jadi Mangsa Buli Siber, Rugi RM70,000

oleh Amirah Abu Bakar