web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


59 Trak Sarat Bantuan Masuk Ke Gaza - Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin

Luar Negara Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Nov 2023 1:11PM

Sebahagian daripada trak membawa bantuan makanan dan ubatan kepada rakyat Palestin di Gaza yang memasuki semenanjung itu melalui lintasan sempadan Rafah. - gambar Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

RAMALLAH - Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin pada Selasa berkata sebanyak 59 trak bantuan telah memasuki Semenanjung Gaza melalui lintasan sempadan Rafah.

"Kru kami telah menerima pada malam ini sebanyak 59 trak sarat dengan bantuan melalui lintasan sempadan Rafah, Agensi Anadolu (AA) memetik pertubuhan kemanusiaan itu dalam satu kenyataan.

Trak-trak itu membawa makanan, air, bantuan kecemasan, ubat-ubatan dan bekalan perubatan, menurut kenyataan itu.

Secara keseluruhan, sebanyak 217 trak membawa bekalan bantuan tidak termasuk bahan api tiba di Semenanjung Gaza sejak konflik Palestin-Israel meletus pada 7 Okt, tambahnya.

Menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), sebelum konflik terbaharu, purata 500 trak memasuki wilayah itu pada setiap hari.

Bagaimanapun, semua itu terhenti selepas pertempuran bermula pada 7 Okt mengakibatkan wilayah Palestin berkenaan mengalami kekurangan teruk makanan, air dan ubat-ubatan.

Menurut unjuran PBB, sekurang-kurangnya 100 trak bantuan diperlukan setiap hari untuk membekalkan keperluan kira-kira 2.3 juta penduduk Palestin di Semenanjung Gaza.

Sementara itu, angka kematian penduduk Palestin akibat serangan Israel yang berterusan di Semenanjung Gaza telah meningkat kepada 8,525 orang kata Kementerian Kesihatan di Gaza pada Selasa.

"Mangsa termasuk 3,542 kanak-kanak dan 2,187 wanita manakala 21,543 orang lagi cedera," kata jurucakap kementerian Ashraf al-Qudra dalam sidang media di Gaza City. -BERNAMA-ANADOLU

Sorotan

1

Buat Aksi ‘Fast & Furious’ Di Jalan Raya, Pemandu Tanpa Lesen Diburu Polis

2

Ekonomi Kebencian: Apabila Perpecahan Menjadi Model Perniagaan

3

Hos Jualan Siaran Langsung Dakwa Jadi Mangsa Buli Siber, Rugi RM70,000

4

Pokok Gergasi Lebih 150 Tahun Tumbang, Warga Emas Nyaris Maut 

5

Keadilan Tidak Wajar Tunduk kepada Kuasa: Karim Khan, ICC Dan Dunia Hari Ini

6

Gara-Gara Memotong Barisan, 2 Lelaki Akhirnya Bertumbuk

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Khianat Bahan Kempen: Polis Johor Buka 8 Kertas Siasatan 

oleh Sophia Ahmad

Politik 20 jam yang lalu

Kemenangan Pilihan Raya Bukan Mandat Untuk Ampun Individu Tertentu - Sivamalar

oleh Sophia Ahmad

Politik 17 jam yang lalu

‘Menang Atau Kalah, Saya Tetap Perdana Menteri’ - Anwar

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pengampunan Terhadap Jho Low Oleh AS Tak Jejas Pendirian Malaysia - PM

oleh Sophia Ahmad