web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Dunia Masih Belum Bersedia Untuk Pandemik Seterusnya – Badan Pemantau

Luar Negara Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Oct 2023 8:01PM

Pandemik COVID-19 yang mula dikesan pada Disember 2019 menyebabkan seluruh dunia lumpuh dan merekodkan hampir 700 juta kes dan 6.9 juta kematian setakat ini. - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

GENEVA - Dunia masih belum bersedia untuk menghadapi krisis kesihatan atau pandemik baharu yang mungkin berlaku, lapor Agensi Berita Jerman dpa memetik analisis kesiapsiagaan global yang diterbitkan pada Isnin.

Lembaga Pemantauan Kesiapsiagaan Global (GPMB) dalam laporan mereka memberi amaran keupayaan dunia untuk menangani ancaman pandemik baharu masih tidak mencukupi.

Menurut laporan itu, beberapa negara telah mengurangkan persediaan mereka untuk bertindak balas terhadap pandemik COVID-19 manakala terdapat sedikit kemajuan di negara-negara lain.

Organisasi itu membuat beberapa cadangan untuk meningkatkan kesiapsiagaan krisis di seluruh dunia antaranya dengan memperkukuh pemantauan untuk mengesan penyakit baharu pada peringkat awal.

Pengumpulan data dan keupayaan analisis juga perlu diperbaiki.

Selain itu, negara-negara miskin juga memerlukan sokongan kewangan dan penangguhan hutang untuk dapat menyediakan sumber.

Dana yang dirancang sebanyak US$10 bilion untuk pencegahan dan kesiapsiagaan wabak mesti dibiayai dengan segera.

Penyelidikan dan pembangunan ubat-ubat baharu tidak seharusnya tertumpu di beberapa negara, seperti yang berlaku semasa pandemik COVID-19. Masyarakat sivil perlu terlibat dengan lebih baik dalam semua persiapan.

Pengerusi bersama organisasi itu yang juga bekas presiden Croatia Kolinda Grabar-Kitarovic berkata kurangnya kepercayaan antara negara dan antara rakyat serta pihak berkuasa menjadikan kesiapsiagaan wabak yang baik sukar diwujudkan.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan Bank Dunia menubuhkan GPMB pada 2018 sebagai tindak balas terhadap wabak Ebola di Afrika Barat.

Badan pemantau itu bertujuan untuk menganalisis persediaan di seluruh dunia dan membuat cadangan. - BERNAMA-dpa

Sorotan

1

Buat Aksi ‘Fast & Furious’ Di Jalan Raya, Pemandu Tanpa Lesen Diburu Polis

2

Ekonomi Kebencian: Apabila Perpecahan Menjadi Model Perniagaan

3

Hos Jualan Siaran Langsung Dakwa Jadi Mangsa Buli Siber, Rugi RM70,000

4

Pokok Gergasi Lebih 150 Tahun Tumbang, Warga Emas Nyaris Maut 

5

Keadilan Tidak Wajar Tunduk kepada Kuasa: Karim Khan, ICC Dan Dunia Hari Ini

6

Gara-Gara Memotong Barisan, 2 Lelaki Akhirnya Bertumbuk

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PH Lancar Manifesto ‘Johor Untuk Semua’, Sasar 250,000 Pekerjaan Baharu Bergaji Tinggi

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 16 jam yang lalu

C4 Center, Bersih Gesa Kerajaan Dedah Hasil Siasatan Kes Azam Baki

oleh Sophia Ahmad

Politik 20 jam yang lalu

Kemenangan Pilihan Raya Bukan Mandat Untuk Ampun Individu Tertentu - Sivamalar

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pengampunan Terhadap Jho Low Oleh AS Tak Jejas Pendirian Malaysia - PM

oleh Sophia Ahmad