web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


9 Negara Arab Gesa Majlis Keselamatan PBB Kuatkuasa Gencatan Senjata Di Gaza

Luar Negara Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Oct 2023 12:34PM

Lebih 7,028 rakyat Palestin di Gaza dan Tebing Barat terbunuh dalam serangan Israel sejak 7 Okt. - gambar Agensi Anadolu

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ANKARA - Sembilan negara Arab pada Khamis menuntut Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) segera menguatkuasakan gencatan senjata di Semenanjung Gaza.

Gesaan itu dibuat dalam satu kenyataan bersama yang dikeluarkan oleh menteri luar Mesir, Jordan, Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu, Qatar, Kuwait, Bahrain, Oman dan Maghribi.

Kenyataan itu mengutuk "serangan terhadap orang awam, pemindahan paksa, dan dasar hukuman kolektif", lapor Agensi Anadolu.

Menteri-menteri terbabit menyeru agar majlis itu "mewajibkan pihak-pihak yang terlibat untuk melaksanakan gencatan senjata segera dan mampan, berusaha untuk memastikan akses pantas, selamat dan mampan bagi bantuan kemanusiaan ke Semenanjung Gaza tanpa halangan selaras dengan prinsip kemanusiaan," menurut Kementerian Luar Mesir dalam satu kenyataan.

Pada Rabu, majlis itu gagal meluluskan dua resolusi menggesa gencatan senjata di Gaza yang digubal oleh Amerika Syarikat dan Rusia.

Lebih 7,028 rakyat Palestin di Gaza dan Tebing Barat terbunuh dalam serangan Israel sejak 7 Okt.

Seramai 2.3 juta penduduk Gaza telah kehabisan makanan, air, ubat-ubatan dan bahan api, manakala konvoi bantuan yang dibenarkan masuk ke Gaza hanya membawa sebahagian kecil daripada apa yang diperlukan. - BERNAMA-ANADOLU

Sorotan

1

Buat Aksi ‘Fast & Furious’ Di Jalan Raya, Pemandu Tanpa Lesen Diburu Polis

2

Ekonomi Kebencian: Apabila Perpecahan Menjadi Model Perniagaan

3

Hos Jualan Siaran Langsung Dakwa Jadi Mangsa Buli Siber, Rugi RM70,000

4

Pokok Gergasi Lebih 150 Tahun Tumbang, Warga Emas Nyaris Maut 

5

Keadilan Tidak Wajar Tunduk kepada Kuasa: Karim Khan, ICC Dan Dunia Hari Ini

6

Gara-Gara Memotong Barisan, 2 Lelaki Akhirnya Bertumbuk

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PH Lancar Manifesto ‘Johor Untuk Semua’, Sasar 250,000 Pekerjaan Baharu Bergaji Tinggi

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Pengampunan Terhadap Jho Low Oleh AS Tak Jejas Pendirian Malaysia - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

C4 Center, Bersih Gesa Kerajaan Dedah Hasil Siasatan Kes Azam Baki

oleh Sophia Ahmad

Politik 20 jam yang lalu

Kemenangan Pilihan Raya Bukan Mandat Untuk Ampun Individu Tertentu - Sivamalar

oleh Sophia Ahmad