web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Masalah 60 Pelajar Pahang 'Terkandas' Di Mesir Selesai - PM

Luar Negara Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Oct 2023 8:13AM

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan dengan Sheikh Al-Azhar, Prof Dr Ahmed El Tayeb di Universiti Al-Azhar. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KAHERAH - Masalah 60 pelajar dari Pahang yang tidak dapat meneruskan pengajian di Universiti Al-Azhar di sini, disifatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai telah berjaya diselesaikan hasil perbincangannya bersama Sheikh Al-Azhar, Prof Dr Ahmed El Tayeb.

Beliau yang membuat kunjungan hormat kepada Ahmed di Al-Azhar semalam berkata, masalah 60 pelajar berkenaan timbul, apabila mereka datang untuk belajar di universiti itu di sini tanpa mengikut prosedur ditetapkan universiti berkenaan, sehingga menyebabkan mereka ‘terkandas’ di Mesir.

“Jalur (saluran)  yang ditetapkan oleh Universiti Al-Azhar ialah kesemua itu melalui proses kedutaan. Oleh kerana tidak diikuti, 60 pelajar itu tersangkut.

“Bagaimanapun, saya telah mengemukakan rayuan dan Sheikh Al-Azhar bersetuju supaya 60 anak-anak Pahang itu diurus sesegera mungkin, dan Rektor Universiti Al-Azhar tadi telah memberi jaminan.

“Tetapi saya juga telah beri jaminan kepada mereka (Sheikh Al-Azhar) bahawa hal sebegini tidak akan berlaku lagi, insya-Allah, semua negeri diharap mematuhi peraturan sedia ada kerana ini syarat yang ditetapkan kerajaan Mesir dan Unversiti Al-Azhar, Alhamdulillah selesai,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada wartawan Malaysia pada sidang akhbar pada akhir lawatan kerja dua harinya ke Mesir di sini, semalam. Turut hadir, Menteri Luar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dan Duta Besar Malaysia ke Mesir, Zamani Ismail.

Terdahulu, Anwar melakukan kunjungan hormat ke atas Ahmed dan ketibaan beliau di Al-Azhar disambut oleh Timbalan Sheikh Al-Azhar, Prof Dr Muhammad Abdur-Rahman Al-Duwini.

Sementara itu, Perdana Menteri berkata, Sheikh Al-Azhar itu bersetuju untuk membuat kunjungan rasmi ke Malaysia, pada suku pertama tahun depan.

“Kunjungan beliau itu akan kita manfaatkan dengan penganjuran sidang Islam serantau, supaya kita mendapat manfaat daripada kehadiran dan gagasan beliau,” katanya.

Anwar berkata, Malaysia bersama Al-Azhar, akan mengambil inisiatif untuk menganjurkan persidangan itu dan menugaskan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) untuk menyelaraskan penganjurannya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Politik 17 jam yang lalu

‘Menang Atau Kalah, Saya Tetap Perdana Menteri’ - Anwar

2

Semasa 1 hari yang lalu

Pengampunan Terhadap Jho Low Oleh AS Tak Jejas Pendirian Malaysia - PM

3

Semasa 1 hari yang lalu

Kerajaan Tambah RM10 Juta Bantu Pemandu Teksi Tukar Kenderaan Lama

4

Semasa 2 hari yang lalu

Isu Palestin, Hak Asasi Manusia Dan Kedaulatan Negara: Malaysia Tidak Akan Ambil Pendirian Berkecuali - PM

Sorotan

1

Buat Aksi ‘Fast & Furious’ Di Jalan Raya, Pemandu Tanpa Lesen Diburu Polis

2

Ekonomi Kebencian: Apabila Perpecahan Menjadi Model Perniagaan

3

Hos Jualan Siaran Langsung Dakwa Jadi Mangsa Buli Siber, Rugi RM70,000

4

Pokok Gergasi Lebih 150 Tahun Tumbang, Warga Emas Nyaris Maut 

5

Keadilan Tidak Wajar Tunduk kepada Kuasa: Karim Khan, ICC Dan Dunia Hari Ini

6

Gara-Gara Memotong Barisan, 2 Lelaki Akhirnya Bertumbuk

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PH Lancar Manifesto ‘Johor Untuk Semua’, Sasar 250,000 Pekerjaan Baharu Bergaji Tinggi

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Pengampunan Terhadap Jho Low Oleh AS Tak Jejas Pendirian Malaysia - PM

oleh Sophia Ahmad

Politik 17 jam yang lalu

‘Menang Atau Kalah, Saya Tetap Perdana Menteri’ - Anwar

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Kerajaan Tambah RM10 Juta Bantu Pemandu Teksi Tukar Kenderaan Lama

oleh Amirah Abu Bakar