web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Sheikhul Islam Thailand Meninggal Dunia Pada Usia 76 Tahun

Luar Negara Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Oct 2023 8:34PM

Sheikhul Islam Thailand, Aziz Phitakkumpon. gambar FB NNT

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BANGKOK - Sheikhul Islam Thailand Aziz Phitakkumpon meninggal dunia pada usia 76 tahun di Hospital Memorial King Chulalongkorn pada Ahad.

Pejabat Sheikhul Islam dalam satu kenyataan memaklumkan Allahyarham telah dirawat di hospital berkenaan sejak Jumaat.

“Syekhul Islam ke-18 Thailand telah kembali ke rahmatullah pada pukul 10.32 pagi (waktu tempatan) hari Ahad.

“Solat jenazah akan diadakan di Masjid Pusat Songkhla di Hatyai, Songkhla pada 10 pagi (waktu tempatan) pada Isnin,” menurut kenyataan itu.

Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam di Hua Khao di daerah Singhanakhon.

Allahyarham dilantik sebagai Syeikhul Islam pada 2010.

Sementara itu, Perdana Menteri, Srettha Thavisin merakamkan ucapan takziah atas pemergian Aziz.

Dilahirkan pada 6 Mac 1947, Allahyarham adalah anak sulung daripada empat adik-beradik.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri dan empat anak iaitu tiga lelaki dan seorang perempuan. -BERNAMA

Sorotan

1

Buat Aksi ‘Fast & Furious’ Di Jalan Raya, Pemandu Tanpa Lesen Diburu Polis

2

Ekonomi Kebencian: Apabila Perpecahan Menjadi Model Perniagaan

3

Hos Jualan Siaran Langsung Dakwa Jadi Mangsa Buli Siber, Rugi RM70,000

4

Pokok Gergasi Lebih 150 Tahun Tumbang, Warga Emas Nyaris Maut 

5

Keadilan Tidak Wajar Tunduk kepada Kuasa: Karim Khan, ICC Dan Dunia Hari Ini

6

Gara-Gara Memotong Barisan, 2 Lelaki Akhirnya Bertumbuk

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

C4 Center, Bersih Gesa Kerajaan Dedah Hasil Siasatan Kes Azam Baki

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PH Lancar Manifesto ‘Johor Untuk Semua’, Sasar 250,000 Pekerjaan Baharu Bergaji Tinggi

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Kerajaan Tambah RM10 Juta Bantu Pemandu Teksi Tukar Kenderaan Lama

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Pengampunan Terhadap Jho Low Oleh AS Tak Jejas Pendirian Malaysia - PM

oleh Sophia Ahmad