web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


PM Lawat Bandar Masdar

Luar Negara Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Oct 2023 4:07PM

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Menteri Industri dan Teknologi Maju UAE yang juga Pengerusi MASDAR dan MBZUAI, Sultan Ahmed Al Jaber pada lawatan ke Bandar Masdar dan Mohamed Bin Zayed University of Artificial Intelligence (MBZUAI) sempena lawatan kerja ke Emiriah Arab Bersatu (UAE), hari ini. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ABU DHABI - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim melawat Bandar Masdar di sini pada Jumaat, yang terkenal sebagai bandar lestari terancang pertama di dunia.

Bandar Masdar terletak enam kilometer dari lapangan terbang Abu Dhabi. Bandar itu yang juga zon bebas, direka menjadi hab perniagaan dan destinasi untuk syarikat teknologi bersih.

Projek yang dimulakan pada 2008, Masdar ialah visi perintis Abu Dhabi tentang sebuah bandar masa depan. Masdar yang bermatlamat menjadi bandar raya eko paling lestari di dunia, menjadi peneraju dalam membangunkan cetakan hijau bagaimana bandar dapat menampung perbandaran yang pesat dan mengurangkan tenaga, air dan sisa secara mendadak.

Anwar turut melawat Mohamed bin Zayed University of Artificial Intelligence (MBZUAI) sebelum menunaikan solat Jumaat di Masjid Besar Sheikh Zayed.

Lawatan itu akan diakhiri dengan Sesi Bersama Rakyat Malaysia di sini dan beliau akan bertemu dengan rakyat Malaysia yang menetap di Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Turut hadir Menteri Luar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir; Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dan Duta Besar Malaysia ke UAE Datuk Seri Ahmad Fadil Shamsuddin.

Anwar tiba di sini pada Khamis untuk lawatan kerja dua hari ke UAE. - BERNAMA

Sorotan

1

Buat Aksi ‘Fast & Furious’ Di Jalan Raya, Pemandu Tanpa Lesen Diburu Polis

2

Ekonomi Kebencian: Apabila Perpecahan Menjadi Model Perniagaan

3

Hos Jualan Siaran Langsung Dakwa Jadi Mangsa Buli Siber, Rugi RM70,000

4

Pokok Gergasi Lebih 150 Tahun Tumbang, Warga Emas Nyaris Maut 

5

Keadilan Tidak Wajar Tunduk kepada Kuasa: Karim Khan, ICC Dan Dunia Hari Ini

6

Gara-Gara Memotong Barisan, 2 Lelaki Akhirnya Bertumbuk

Disyorkan untuk anda

Semasa 17 jam yang lalu

C4 Center, Bersih Gesa Kerajaan Dedah Hasil Siasatan Kes Azam Baki

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PH Lancar Manifesto ‘Johor Untuk Semua’, Sasar 250,000 Pekerjaan Baharu Bergaji Tinggi

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Kerajaan Tambah RM10 Juta Bantu Pemandu Teksi Tukar Kenderaan Lama

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Khianat Bahan Kempen: Polis Johor Buka 8 Kertas Siasatan 

oleh Sophia Ahmad