web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


4 Individu Disyaki Jual Peluru, Pistol Diubahsuai Kepada Suspek, Ditahan Polis Thailand

Luar Negara Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Oct 2023 8:22PM

Remaja berusia 14 tahun yang ditahan selepas insiden tembakan di pusat beli belah Siam Paragon, Selasa lalu. - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BANGKOK– Polis Thailand menahan empat individu termasuk seorang bapa dan anak lelaki yang disyaki menjual pistol yang diubah suai dan peluru kepada seorang remaja lelaki yang mengamuk di Siam Paragon Mall di Bangkok, hingga mengakibatkan dua orang maut manakala lima yang lain cedera.

Bangkok Post melaporkan bahawa Polis Wilayah 9 menahan dua lelaki berusia 45 dan 22 tahun di wilayah selatan Yala pada 1 pagi (waktu tempatan) pada Khamis.

"Kedua-dua lelaki itu dibawa ke Bangkok untuk disoal siasat," katanya.

Sementara itu, media Thailand melaporkan dua lagi lelaki berusia 31 dan 41 tahun ditahan di Bangkok.

Lelaki berusia 31 tahun itu dilaporkan menjual dan menghantar peluru kepada remaja terbabit.

Polis merampas senjata api haram, peralatan pengubahsuaian senjata api dan peralatan siaran langsung di rumah lelaki berusia 41 tahun itu.

Remaja berusia 14 tahun itu menghadapi lima pertuduhan termasuk pembunuhan terancang dan memiliki senjata api secara haram pada Rabu.

Media Thailand melaporkan siasatan polis mendapati remaja itu membeli pistol yang diubah suai dalam talian dengan harga 16,000 baht dan beberapa butir peluru berharga 1,000 baht.

Pada masa ini, dia sedang menjalani ujian psikiatri untuk menentukan sama ada dia layak untuk dibicarakan.

Remaja itu mempunyai sejarah masalah kesihatan mental, didakwa menembak mati seorang warga China dan Myanmar serta mencederakan lima yang lain di dalam Siam Paragon Mall pada 4:20 petang Selasa.

Mangsa yang cedera terdiri daripada seorang warga Laos, seorang warga China dan tiga warga Thailand. - BERNAMA

Sorotan

1

Buat Aksi ‘Fast & Furious’ Di Jalan Raya, Pemandu Tanpa Lesen Diburu Polis

2

Ekonomi Kebencian: Apabila Perpecahan Menjadi Model Perniagaan

3

Hos Jualan Siaran Langsung Dakwa Jadi Mangsa Buli Siber, Rugi RM70,000

4

Pokok Gergasi Lebih 150 Tahun Tumbang, Warga Emas Nyaris Maut 

5

Keadilan Tidak Wajar Tunduk kepada Kuasa: Karim Khan, ICC Dan Dunia Hari Ini

6

Gara-Gara Memotong Barisan, 2 Lelaki Akhirnya Bertumbuk

Disyorkan untuk anda

Politik 18 jam yang lalu

‘Menang Atau Kalah, Saya Tetap Perdana Menteri’ - Anwar

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Malaysia Tidak Terikat Beri Hak Sama Rata Kepada Pemegang Kad UNHCR - Pakar

oleh Wartawan Getaran

Semasa 17 jam yang lalu

C4 Center, Bersih Gesa Kerajaan Dedah Hasil Siasatan Kes Azam Baki

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Khianat Bahan Kempen: Polis Johor Buka 8 Kertas Siasatan 

oleh Sophia Ahmad