web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Jepun Mulakan Fasa Kedua Pelepasan Air Tercemar Fukushima

Luar Negara Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Oct 2023 12:10PM

Loji Kuasa Nuklear Fukushima Daiichi terjejas teruk susulan gempa bumi dan tsunami yang melanda wilayah itu pada 11 Mac 2011. - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TOKYO - Jepun memulakan fasa kedua pelepasan air tercemar daripada loji kuasa nuklear Fukushima yang musnah ke Lautan Pasifik pada Khamis, selepas fasa pertama dijalankan dalam had keselamatan yang ditetapkan antara 24 Ogos dan 11 September lalu.

Fasa kedua pelepasan bermula kira-kira jam 10.30 pagi dan dijadualkan berterusan hingga 23 Oktober, dengan anggaran jumlah pelepasan keseluruhan sebanyak 7,800 tan, hampir sama dengan jumlah fasa pertama.

Pelepasan harian dijangka sebanyak 460 tan, Agensi Berita Yonhap memetik laporan media Jepun.

Pengendali loji, Tokyo Electric Power Co. merancang untuk melepaskan air yang disimpan dalam tangki selepas dirawat melalui sistem penulenan khas dikenali sebagai Sistem Pemproses Cecair Lanjutan (ALPS) sejak kemusnahannya pada Mac 2011, melalui terowong laut yang memanjang sejauh 1 kilometer ke lautan.

ALPS boleh membuang 62 jenis bahan radioaktif, kecuali tritium yang boleh dikurangkan ke tahap keselamatan antarabangsa melalui pencairan dengan air laut.

Kerajaan Jepun, kerajaan wilayah Fukushima dan Tokyo Electric telah secara kerap menganalisis kepekatan tritium dalam air laut dan ikan di sekitar loji janakuasa nuklear sejak permulaan pelepasan pertama dan tidak melaporkan sebarang ketidaknormalan.

Pada Rabu, Tokyo Electric sekali lagi mengukur kepekatan tritium dalam air sisa yang dirawat dan dicairkan dan mendapati ia mencapai 87 becquerel seliter, lebih rendah daripada piawaian pelepasan. - BERNAMA-YONHAP

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Sisa Fukushima: Presiden, PM Korea Selatan Nikmati Makanan Laut Ketika Mesyuarat

Sorotan

1

Buat Aksi ‘Fast & Furious’ Di Jalan Raya, Pemandu Tanpa Lesen Diburu Polis

2

Ekonomi Kebencian: Apabila Perpecahan Menjadi Model Perniagaan

3

Hos Jualan Siaran Langsung Dakwa Jadi Mangsa Buli Siber, Rugi RM70,000

4

Pokok Gergasi Lebih 150 Tahun Tumbang, Warga Emas Nyaris Maut 

5

Keadilan Tidak Wajar Tunduk kepada Kuasa: Karim Khan, ICC Dan Dunia Hari Ini

6

Gara-Gara Memotong Barisan, 2 Lelaki Akhirnya Bertumbuk

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PH Lancar Manifesto ‘Johor Untuk Semua’, Sasar 250,000 Pekerjaan Baharu Bergaji Tinggi

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Khianat Bahan Kempen: Polis Johor Buka 8 Kertas Siasatan 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pengampunan Terhadap Jho Low Oleh AS Tak Jejas Pendirian Malaysia - PM

oleh Sophia Ahmad

Politik 21 jam yang lalu

Kemenangan Pilihan Raya Bukan Mandat Untuk Ampun Individu Tertentu - Sivamalar

oleh Sophia Ahmad