web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Venice Akan Perkenal Yuran Perjalanan Sehari €5 Terhadap Pelancong

Luar Negara Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Sep 2023 2:39PM

Grand Canal, Venice. - gambar laman web UNESCO

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

 VENICE - Pelancong yang ingin menerokai bandar lagun Itali, Venice akan dikenakan yuran kemasukan berjumlah €5 (US$5.40) pada hari-hari tertentu jika mereka tidak menginap di bandar berkenaan, menurut Majlis Bandar Raya pada Selasa, lapor agensi berita Jerman (dpa).

Skim ini dijangka bermula pada musim bunga 2024 dan akan dilaksanakan pada 30 hari paling sibuk bagi pelancong, namun tarikh sebenar masih belum ditetapkan.

Bandar di pantai timur laut Itali itu merupakan antara destinasi pelancongan terbesar dunia - kini mempunyai kurang daripada 50,000 penduduk, namun semasa musim kemuncak, bandar ini kadangkala menerima lebih dari dua kali ganda pelancong.

Sebilangan besar pelancong, terutamanya mereka yang tiba dengan kapal persiaran dan hanya berada selama beberapa jam untuk meneroka bandar ini, telah menyebabkan masalah besar selama bertahun-tahun.

Bagaimanapun, rancangan untuk memperkenalkan bayaran masuk juga menjadi kontroversi dalam kalangan penduduk dan keputusan terbabit telah ditangguhkan beberapa kali.

Mengikut rancangan semasa, pelawat tanpa tiket yang sah boleh didenda antara €50 dan €300. - BERNAMA-dpa

Sorotan

1

Buat Aksi ‘Fast & Furious’ Di Jalan Raya, Pemandu Tanpa Lesen Diburu Polis

2

Ekonomi Kebencian: Apabila Perpecahan Menjadi Model Perniagaan

3

Hos Jualan Siaran Langsung Dakwa Jadi Mangsa Buli Siber, Rugi RM70,000

4

Pokok Gergasi Lebih 150 Tahun Tumbang, Warga Emas Nyaris Maut 

5

Keadilan Tidak Wajar Tunduk kepada Kuasa: Karim Khan, ICC Dan Dunia Hari Ini

6

Gara-Gara Memotong Barisan, 2 Lelaki Akhirnya Bertumbuk

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PH Lancar Manifesto ‘Johor Untuk Semua’, Sasar 250,000 Pekerjaan Baharu Bergaji Tinggi

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 22 jam yang lalu

Kemenangan Pilihan Raya Bukan Mandat Untuk Ampun Individu Tertentu - Sivamalar

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Kerajaan Tambah RM10 Juta Bantu Pemandu Teksi Tukar Kenderaan Lama

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Pengampunan Terhadap Jho Low Oleh AS Tak Jejas Pendirian Malaysia - PM

oleh Sophia Ahmad