web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Banjir Di Timur Libya: Lebih 2,000 Maut, Ribuan Lain Hilang

Luar Negara Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Sep 2023 3:19PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TRIPOLI - Perdana menteri Libya Osama Hammad pada Isnin berkata lebih 2,000 orang terbunuh manakala beribu-ribu lagi hilang selepas banjir melanda timur Libya pada Ahad.

Bercakap kepada saluran TV tempatan, Hammad yang berpusat di timur Libya berkata kebanyakan mangsa terjejas dilaporkan di bandar pelabuhan Derna, di mana "seluruh kawasan perumahan telah dihanyutkan oleh banjir" lapor Xinhua.

Beliau menyeru anggota perubatan dan pasukan penyelamat di seluruh negara untuk memberikan bantuan kepada bandar yang terjejas teruk itu, manakala Timbalan Perdana Menteri Ali al-Gatrani yang berpusat di timur Libya telah merayu bantuan antarabangsa melalui saluran TV tempatan.

Pihak berkuasa tempatan telah mengisytiharkan tiga hari berkabung untuk mangsa.

Ribut Mediterranean mendarat di timur Libya pada Ahad, mencetuskan banjir dan memusnahkan kemudahan di sepanjang laluannya.

Dalam pada itu, Perdana Menteri Kerajaan Perpaduan Nasional yang berpangkalan di Tripoli, Abdul-Hamed Dbeibah, pada Ahad mengarahkan pihak berkuasa berkaitan untuk kekal berwaspada dan mengambil langkah perlu untuk menghadapi ribut itu.

Beliau turut berikrar untuk "melindungi rakyat dan mengurangkan kerosakan".

Kementerian Hal Ehwal Sosial dan Persatuan Bulan Sabit Merah Libya telah mula menawarkan bantuan segera kepada mereka yang terjejas akibat bencana itu.

Sementara itu, Perancis mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa terjejas banjir di timur Libya dan menggerakkan dana untuk menyediakan bantuan kemanusiaan kepada negara itu, lapor Sputnik memetik Presiden Perancis Emmanuel Macron pada Isnin.

"Saya menyatakan solidariti saya kepada rakyat Libya yang menderita akibat banjir besar. Perancis mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa dan menggerakkan dana untuk bantuan kecemasan," kata Macron di X, yang sebelum ini dikenali sebagai Twitter.

Negara yang kaya dengan minyak telah berpecah selama bertahun-tahun antara pentadbiran yang bersaing di timur dan barat Libya. 

Setiap pentadbiran disokong oleh kumpulan bersenjata dan militia. - BERNAMA-XINHUA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Banjir: 43 Orang Ditempatkan Di 2 PPS Di Perak

2

Semasa 4 bulan yang lalu

Banjir Sabah: Mangsa Terus Meningkat Kepada 4,458 Orang Petang Ini

3

Semasa 4 bulan yang lalu

Lebih 4,000 Mangsa Banjir Di Sabah Berlindung Di 32 PPS Setakat Pagi Ini

4

Semasa 7 bulan yang lalu

6,000 Rakyat Malaysia Berjaya Dibawa Keluar Dari Hat Yai

Sorotan

1

Buat Aksi ‘Fast & Furious’ Di Jalan Raya, Pemandu Tanpa Lesen Diburu Polis

2

Ekonomi Kebencian: Apabila Perpecahan Menjadi Model Perniagaan

3

Hos Jualan Siaran Langsung Dakwa Jadi Mangsa Buli Siber, Rugi RM70,000

4

Pokok Gergasi Lebih 150 Tahun Tumbang, Warga Emas Nyaris Maut 

5

Keadilan Tidak Wajar Tunduk kepada Kuasa: Karim Khan, ICC Dan Dunia Hari Ini

6

Gara-Gara Memotong Barisan, 2 Lelaki Akhirnya Bertumbuk

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PH Lancar Manifesto ‘Johor Untuk Semua’, Sasar 250,000 Pekerjaan Baharu Bergaji Tinggi

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 21 jam yang lalu

Malaysia Tidak Terikat Beri Hak Sama Rata Kepada Pemegang Kad UNHCR - Pakar

oleh Wartawan Getaran

Semasa 18 jam yang lalu

C4 Center, Bersih Gesa Kerajaan Dedah Hasil Siasatan Kes Azam Baki

oleh Sophia Ahmad

Politik 19 jam yang lalu

‘Menang Atau Kalah, Saya Tetap Perdana Menteri’ - Anwar

oleh Sophia Ahmad