web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Noor Hafiz Wakili Malaysia Di Kejohanan Asian Amateur Chess Championship

Luar Negara Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Sep 2023 1:09PM

Noor Hafiz pada pusingan ke-7 Kejohanan Asian Amateur Chess Championship di Dubai- gambar MPOWER

oleh

Fida Ruzki

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

DUBAI – Arena International Master Noor Hafiz Mohd Nor dipertaruhkan sebagai wakil negara pada pusingan ke-7 Kejohanan Asian Amateur Chess Championship yang diadakan di Emeriah Arab Bersatu (UAE), bermula Ahad minggu lalu hingga Isnin.

Pertubuhan Pemerkasaan Komuniti Malaysia (MPOWER), dalam satu kenyataan media berkata, kejohanan yang diadakan di Hotel Bristol Dubai itu bermula pada 27 Ogos.

Beliau berkata, ia membabitkan seramai 162 peserta daripada 28 negara benua Asia.

“Pada edisi kali ini, Malaysia menghantar Arena International Master Noor Hafiz Mohd Nor.

“Beliau juga adalah pemenang Papan Terbaik peringkat kebangsaan pada Kejohanan Catur Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota-anggota Kerajaan Malaysia (MAKSAK) di Ipoh pada 9 sehingga 12 Mac yang lepas,” katanya.

Kenyataan itu menyebut, acara itu dirasmikan Jeneral Konsul Malaysia di Dubai, Mohd Fadly Amri Aliaman.

Pada masa sama, Pengarah Kejohanan, International Arbiter Mahdi Abdulrahim dipetik berkata sukan catur menjadi titik persamaan kepada negara-negara Asia dan penganjuran tahun lepas di Muscat, Oman turut menjadi bukti kepada semangat kebersamaan itu. Getaran, 3 September 2023

Sorotan

1

Buat Aksi ‘Fast & Furious’ Di Jalan Raya, Pemandu Tanpa Lesen Diburu Polis

2

Ekonomi Kebencian: Apabila Perpecahan Menjadi Model Perniagaan

3

Hos Jualan Siaran Langsung Dakwa Jadi Mangsa Buli Siber, Rugi RM70,000

4

Pokok Gergasi Lebih 150 Tahun Tumbang, Warga Emas Nyaris Maut 

5

Keadilan Tidak Wajar Tunduk kepada Kuasa: Karim Khan, ICC Dan Dunia Hari Ini

6

Gara-Gara Memotong Barisan, 2 Lelaki Akhirnya Bertumbuk

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pengampunan Terhadap Jho Low Oleh AS Tak Jejas Pendirian Malaysia - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Khianat Bahan Kempen: Polis Johor Buka 8 Kertas Siasatan 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

Malaysia Tidak Terikat Beri Hak Sama Rata Kepada Pemegang Kad UNHCR - Pakar

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Kerajaan Tambah RM10 Juta Bantu Pemandu Teksi Tukar Kenderaan Lama

oleh Amirah Abu Bakar