web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Korban Kebakaran Bangunan Di Johannesburg Meningkat 74 Orang

Luar Negara Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Sep 2023 1:09PM

Lebih 200 keluarga hilang tempat tinggal selepas bangunan lima tingkat di pusat perniagaan Johannesburg terbakar. - gambar XINHUA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHANNESBURG - Angka kematian dalam kebakaran bangunan di daerah pusat perniagaan Johannesburg, Afrika Selatan, meningkat kepada 74 orang, kata pihak berkuasa tempatan pada Khamis.

“Kebakaran di kediaman bertingkat itu turut menyebabkan lebih 200 keluarga kehilangan tempat tinggal,” kata pengurus bandar Johannesburg Floyd Blink pada taklimat media, lapor Xinhua.

Beliau berkata penghuni bangunan lima tingkat itu didapati membuat sambungan bekalan air dan elektrik secara haram, katanya.

"Sehingga 2 petang Khamis, kami mengesahkan 61 orang dirawat di pelbagai kemudahan perubatan di dalam dan sekitar bandar ini.

“Sejumlah 16 dibenarkan pulang dan 17 masih dirawat, selebihnya masih menerima rawatan di unit kecederaan," kata Blink.

Beliau berkata keluarga yang hilang tempat tinggal akan ditempatkan di beberapa pusat perlindungan di sekitar Johannesburg.

Menurut kenyataan jabatan kesihatan Gauteng pada petang Khamis, seramai 74 yang maut terdiri daripada 40 lelaki, 24 wanita dan 10 yang belum dikenal pasti jantina.

Pihak berkuasa pengurusan kecemasan Johannesburg berkata mereka dimaklumkan mengenai kebakaran itu pada kira-kira 1.30 pagi waktu tempatan.

Kebakaran di bangunan yang telah diubah menjadi penempatan tidak rasmi dengan anggaran lebih 80 petak, merebak dengan cepat disebabkan bahan mudah terbakar yang digunakan sebahagi pembahagi bilik. - BERNAMA-XINHUA

Sorotan

1

Buat Aksi ‘Fast & Furious’ Di Jalan Raya, Pemandu Tanpa Lesen Diburu Polis

2

Ekonomi Kebencian: Apabila Perpecahan Menjadi Model Perniagaan

3

Hos Jualan Siaran Langsung Dakwa Jadi Mangsa Buli Siber, Rugi RM70,000

4

Pokok Gergasi Lebih 150 Tahun Tumbang, Warga Emas Nyaris Maut 

5

Keadilan Tidak Wajar Tunduk kepada Kuasa: Karim Khan, ICC Dan Dunia Hari Ini

6

Gara-Gara Memotong Barisan, 2 Lelaki Akhirnya Bertumbuk

Disyorkan untuk anda

Semasa 18 jam yang lalu

C4 Center, Bersih Gesa Kerajaan Dedah Hasil Siasatan Kes Azam Baki

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PH Lancar Manifesto ‘Johor Untuk Semua’, Sasar 250,000 Pekerjaan Baharu Bergaji Tinggi

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Kerajaan Tambah RM10 Juta Bantu Pemandu Teksi Tukar Kenderaan Lama

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Pengampunan Terhadap Jho Low Oleh AS Tak Jejas Pendirian Malaysia - PM

oleh Sophia Ahmad