web statsweb stats

Berita Terkini

18 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 18 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


6 Syarikat Malaysia Terpilih Dalam 100 To Watch List, Forbes Asia

Luar Negara Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Aug 2023 4:20PM

Senarai 100 syarikat yang perlu diberi perhatian oleh Forbes Asia turut memilih enam syarikat Malaysia. - gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SINGAPURA - Enam syarikat Malaysia tersenarai ke dalam 100 to Watch, edisi tahunan ketiga Forbes Asia yang menonjolkan syarikat kecil dan pemula niaga yang sedang berkembang di seluruh rantau Asia Pasifik.

Syarikat-syarikat itu ialah Aerodyne, BoomGrow, Care Concierge, Involve Asia, Lapasar, dan PolicyStreet.

Senarai 100 to Watch boleh dilihat melalui www.forbes.com/100toWatch dan dalam edisi September Forbes Asia, FedEx.merupakan penaja utamanya.

“Syarikat dalam senarai 100 to Watch Forbes Asia tahun ini memperlihatkan daya tahan, khususnya dengan persekitaran peningkatan kadar faedah serta pendanaan yang agak sukar diperolehi untuk syarikat permula niaga.

“Oleh itu, syarikat-syarikat dalam senarai tahun ini mewakili mereka yang mempunyai prospek yang kukuh untuk digarap menjadi kisah kejayaan,” kata editor Forbes Asia, Justin Doebele, dalam satu kenyataan hari ini.

Berdasarkan Forbes Asia, aktiviti modal teroka global yang kelihatan suram sekarang ini tidak menghalang pemula niaga di seluruh Asia daripada menceburi bidang baharu.

Senarai tahun ini menyoroti syarikat kecil dan pemula niaga yang menyasarkan pasaran yang kurang mendapat perkhidmatan atau menggunakan teknologi baharu, daripada AI generatif kepada diagnostik kanser berasaskan darah.

Ini termasuk inovasi mesra alam, seperti pembangunan protein alternatif berasaskan serangga serta pendigitalan dalam pengeluaran susu bagi menambah hasil.

Lain-lain termasuk penyedia perdagangan sosial, yang membantu pelanggan menjual produk pengguna.

Tiga belas negara serta wilayah diwakili dalam 11 kategori termasuk bioteknologi dan penjagaan kesihatan, e-dagang serta peruncitan dan kewangan.

Mendahului senarai untuk tahun kedua berturut-turut adalah Singapura yang menyumbang 20 syarikat ke dalam senarai, diikuti oleh Hong Kong dengan 15 dan tanah besar China dengan 11 firma.

Hab inovasi baru muncul di Indonesia dan Filipina, masing-masing menyumbang 11 dan sembilan syarikat.

Untuk pemilihan senarai 100 to Watch, Forbes Asia menerima penyerahan dalam talian selain menjemput agensi pemecut (accelerator), inkubator, organisasi PKS, universiti, pemodal teroka dan lain-lain bagi mencalonkan syarikat pilihan mereka.

Hanya 100 syarikat daripada 550 penyertaan dipilih.

Untuk layak dipertimbangkan, syarikat-syarikat tersebut perlu beribu pejabat di rantau Asia Pasifik, milik persendirian, membuat keuntungan, mempunyai hasil tahunan terkini tidak lebih daripada US$50 juta dan memiliki jumlah pembiayaan lebih daripada US$100 juta setakat 7 Ogos.

Penilaian Editor Forbes Asia terhadap setiap penyertaan mengambil kira metrik seperti kesan positif ke atas rantau atau industri, rekod prestasi pertumbuhan hasil yang kukuh atau keupayaan untuk menarik pembiayaan, model atau pasaran perniagaan yang berdaya maju dan kisah yang meyakinkan. - BERNAMA

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 12 jam yang lalu

Dakwaan Peranan Bebas Rais Yatim Jadi Tanda Tanya, Surat Lantikan Sebagai Peguam Tersebar Luas

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Selangor Terus Perangi Penempatan Haram, Struktur Tanpa Kelulusan Akan Diroboh

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad