web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Jangkitan COVID-19 Babitkan Varian Afrika Selatan Dikesan Di Thailand

Luar Negara Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 May 2021 7:29AM

Kakitangan Jabatan Kesihatan dan tentera mengadakan kempen pendaftaran vaksin COVID-19 dari rumah ke rumah di Narathiwat pada 22 Mei 2021. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BANGKOK - Thailand mengesan varian COVID-19 Afrika Selatan penularan tempatan membabitkan seorang peniaga Thailand berusia 32 tahun dari Tak Bai, Narathiwat.

Lelaki itu disahkan positif  varian B.1.351 pada 4 Mei lalu.

Ketua Pengarah Jabatan Kawalan Penyakit Berjangkit, Dr Opas Kamkawinpong, berkata lelaki itu diziarahi ahli keluarganya - isterinya warga Malaysia, anak dan ibu mertua - yang menyeberang sempadan secara sah dari Malaysia. Kesemua mereka tidak menjalani kuarantin mandatori.

Beliau berkata mereka semua tinggal di Thailand dari 12 April hingga 4 Mei dan sudah pulang ke Malaysia.

"Varian Afrika Selatan yang dikesan di Thailand sama dengan yang terdapat di Malaysia.

“Berikutan kawalan pergerakan di wilayah itu dari 9 hingga 22 Mei, situasinya terkawal. Tidak ada jangkitan baharu dilaporkan,” katanya pada taklimat harian COVID-19 di sini hari ini.

Opas berkata, pihak berkuasa kesihatan telah mengesan 698 kontak rapat dan 81 daripadanya disahkan positif COVID-19.

Katanya, pengesanan kes aktif dilakukan dalam kalangan 160 individu di komuniti dan dua diuji positif.

"Sebanyak 83 pesakit diuji positif dari kluster ini dan tiga didapati dijangkiti varian Afrika Selatan.

"Mereka tidak mempunyai gejala yang teruk dan dirawat di hospital. Seramai 16 pesakit sudah pulih dan keluar hospital manakala 67 masih dirawat,” katanya.

Sejak 24 jam lalu, Thailand melaporkan 3,382 kes baharu COVID-19 termasuk 460 membabitkan banduan serta 17 lagi korban, menjadikan jumlah jangkitan 129,500 dan 776 kematian.

Sementara itu, jurucakap Pusat Pentadbiran Situasi COVID-19 (CCSA) Dr Taweesin Visanuyothin berkata perintah kawalan pergerakan diperketatkan dikenakan di tapak binaan di daerah Lak Si Bangkok selepas lebih 1,100 pekerja diuji positif COVID-19.

Dengan sekatan itu kami berharap dapat membendung wabak di tapak pembinaan berkenaan," katanya. - Bernama

Sorotan

1

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

2

Pemandu Iriz Larikan Diri Selepas Nahas Diburu

3

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

4

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

5

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

6

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja 15 Tahun Diserang Dan Disamun, Polis Gerak Unit K9 Buru Suspek 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Aksi Ganas Di Kantin, Pelajar Digantung Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar