web statsweb stats

Berita Terkini

5 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 5 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Arab Saudi Tawar E-Visa Kepada 8 Negara 

Luar Negara Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Aug 2023 10:01AM

Pemandangan dari udara sekitar Tanah Suci Makkah pada musim haji meliputi kawasan Muzdalifah, Arafah, Mina dan Masjidil Haram. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

RIYADH - Arab Saudi pada Ahad mengumumkan bahawa rakyat di lapan negara lagi layak memperoleh e-visa (visa elektronik) pelawat, Xinhua memetik laporan Agensi Akhbar Saudi.

E-visa akan tersedia kepada pelawat dari Albania, Azerbaijan, Georgia, Kyrgyzstan, Maldives, Afrika Selatan, Tajikistan dan Uzbekistan untuk tujuan percutian, perniagaan dan keagamaan (Umrah sahaja), menjadikan jumlah negara yang layak mendapat kemudahan itu kepada 57.

E-visa pelawat ini sah selama satu tahun, membolehkan beberapa kali kemasukan, dan membenarkan penginapan sehingga 90 hari.

Selepas melancarkan program e-visa pada 2019, Arab Saudi mengalu-alukan 93.5 juta pelancong pada 2022, peningkatan sebanyak 93 peratus berbanding 2021, menjana pendapatan pelancongan sebanyak 185 bilion Riyal Saudi (US$49 bilion).

Pada 2022, Arab Saudi memutuskan untuk menawarkan e-visa pelawat kepada pemegang visa Schengen, British dan Amerika Syarikat yang sebelum ini digunakan untuk memasuki negara-negara ini sebelum tiba di Arab Saudi dan kepada penduduk tetap Kesatuan Eropah, negara-negara Arab Teluk Parsi, Britain dan AS.

Awal tahun ini, Arab Saudi mengumumkan pelancaran Visa Transit 96 jam percuma, membolehkan penumpang berada di negara itu sehingga 96 jam.- BERNAMA-XINHUA

Berita Berkaitan

1

Semasa 7 bulan yang lalu

Lawatan Negara Sultan Ibrahim Ke Arab Saudi, Bahrain Eratkan Hubungan Diplomatik Malaysia-Timur Tengah

2

Luar Negara 1 tahun yang lalu

Hujan Rahmat Di Mina

3

Video & Galeri 1 tahun yang lalu

Canggih! Robot AI Fasih Pelbagai Bahasa Untuk Jemaah Haji

4

Luar Negara 1 tahun yang lalu

Tiada Permit Yang Sah, Lebih 300,000 Jemaah Dilarang Masuki Makkah

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Politik 4 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek