web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Wartawan Dipecat Didakwa 'Terlalu Lantang' Suarakan Isu Palestin

Luar Negara Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 May 2021 12:44PM

Emily Wilder

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Agensi berita The Associated Press berdepan kritikan daripada wartawan dan ahli akademik selepas didakwa memecat seorang wartawan baru yang dikatakan pro Palestin ketika menuntut di universiti.

Emily Wilder, seorang yahudi Amerika, yang menamatkan pengajian dari Universiti Stanford tahun lepas, memulakan kerjaya di AP pada 3 Mei lalu. Namun selepas hanya 16 hari, beliau telah dipecat.

Wilder dimaklumkan bahawa pemecatannya itu, adalah atas alasan melanggar polisi media sosial syarikat berkenaan. Memo pemecatan itu telah dikongsi secara meluas menerusi dalam talian.

Bercakap kepada Middle East Eye, agensi berita tersebut mengesahkan pemecatan Wilder kerana didakwa mencabuli polisi media sosial AP, dan menyatakan bahawa kejadian itu berlaku ketika beliau berada di AP.

Agensi itu bagaimanapun tidak menjelas persoalan mengenai perlanggaran polisi terbabit, hanya menyatakan Wilder `menunjukkan sikap berat sebelah'. Wilder sebelum ini menegaskan beliau pasti pemecatannya adalah kerana menyatakan pandangan mengenai penduduk Israel di wilayah Palestin.

Pada Ahad lepas, Wilder telah mengkritik penggunaan bahasa oleh media utama apabila membuat liputan mengenai isu Palestin dan Israel.

Antaranya ialah menggunakan perkataan Israel, tidak pernah menyebut Palestin atau `perang' bukan `kepungan dan pendudukan'. Ia digunakan oleh media sepanjang masa tapi tidak dianggap sebagai berat sebelah.

Beberapa hari selepas Wilder memuatnaik kritikan berkenaan dalam Twitter, satu kumpulan, Stanford College Republicans mula memuatnaik tangkap layar entri yang ditulisnya ketika menuntut di universiti iaitu kritikan terhadap penduduk Israel.

Bukan itu sahaja, gambar Wilder yang menyertai protes bantahan pro Palestin di New York turut disebarkan.

Kumpulan itu menuduh Wilder sebagai ketua kumpulan pro Palestin iaitu Jewish Voice for Peace (JVP) dan Students for Justice yang didakwa mempunyai kaitan dengan Hamas. - Middle East Eye

Sorotan

1

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

2

Pemandu Iriz Larikan Diri Selepas Nahas Diburu

3

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

4

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

5

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

6

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

Disyorkan untuk anda

Semasa 3 jam yang lalu

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

oleh Sophia Ahmad

Semasa 3 jam yang lalu

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja 15 Tahun Diserang Dan Disamun, Polis Gerak Unit K9 Buru Suspek 

oleh Sophia Ahmad

Politik 2 jam yang lalu

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

oleh Sophia Ahmad