web statsweb stats

Berita Terkini

2 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Mayat Broker Hartanah Jerman Dikerat, Disumbat Dalam Peti Sejuk Beku

Luar Negara Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Jul 2023 9:01AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BANGKOK  -- Mayat seorang broker hartanah Jerman ditemukan dalam keadaan menyayat hati apabila kepala, anggota badan dan tubuhnya dikerat dan disumbat ke dalam peti sejuk di sebuah rumah sewa di Chon Buri.

Hans Peter Mack, 62, dilaporkan hilang sejak 4 Julai lalu selepas isterinya seorang warga Thailand membuat laporan bahawa suaminya gagal pulang ke rumah selepas menghadiri mesyuarat perniagaan.

Mayat Mack ditemukan dalam plastik sampah dan disumbat ke dalam peti sejuk pada lewat Isnin.

Waran tangkap dikeluarkan ke atas tiga individu pada Selasa - dua rakyat Jerman dan seorang lelaki Pakistan yang memiliki kewarganegaraanThailand dan didakwa bersubahat dalam kes kecurian dan pembunuhan.

Komander polis Nong Prue Chon Buri Pol Kol Thavee Kudtang berkata waran tangkap dikeluarkan selepas polis meneliti rakaman kamera litar tertutup CCTV.

Beliau berkata seorang daripada suspek dilihat duduk di belakang sebuah trak pikap, bersebelahan peti sejuk beku tempat mayat Mack ditemukan.

“Pegawai penyiasat membuat kesimpulan bahawa tiga suspek terlibat,” katanya.

Sementara itu, Superintendan di pejabat polis wilayah Chon Buri Pol Kol Santi Kornkasem berkata seorang daripada suspek menyerah diri pada 3 petang (waktu tempatan) semalam.

“Suspek menghubungi polis melalui peguamnya. Dia menyerah diri pada 3 petang (waktu tempatan) semalam,” katanya.

Polis turut menemui gergaji elektrik, tali, botol air minuman, soda dan bir. -- BERNAMA 

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 12 minit yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

2

Luar Negara 3 hari yang lalu

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

3

Luar Negara 4 hari yang lalu

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

4

Luar Negara 5 hari yang lalu

UNIFIL Kecam Serangan Ragut Nyawa Anggota Tentera Lubnan

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Politik 1 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad