web statsweb stats

Berita Terkini

16 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 16 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Arab Saudi Mulakan Pengeluaran E-Visa Umrah

Luar Negara Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Jul 2023 8:16PM

Nusuk memudahkan prosedur ketibaan umat Islam dari seluruh dunia untuk mengunjungi Makkah dan Madinah, selain menyediakan pilihan penginapan dan perkhidmatan pengangkutan menerusi peta interaktif dalam beberapa bahasa - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JEDDAH - Kementerian Haji dan Umrah (MOHU) Arab Saudi mengumumkan pihaknya mula mengeluarkan e-visa umrah (visa elektronik) sebagai sebahagian daripada usaha untuk membolehkan lebih ramai umat Islam mengerjakan ibadah umrah di negara itu.

Kementerian, menerusi kenyataan yang dipetik Agensi Berita Arab Saudi (SPA) berkata langkah itu seiring untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan umrah bagi mencapai matlamat Wawasan Saudi 2030.

Permohonan e-visa umrah boleh dikemukakan melalui platform Nusuk, supaya jemaah dapat tiba di negara itu seawal 19 Julai.

Menurut laporan itu, Nusuk memudahkan prosedur ketibaan umat Islam dari seluruh dunia untuk mengunjungi Makkah dan Madinah, selain menyediakan pilihan penginapan dan perkhidmatan pengangkutan menerusi peta interaktif dalam beberapa bahasa.

Kementerian sebelum ini mengumumkan dengan kerjasama pihak berkuasa itu, pemegang visa pelancong dari Majlis Kerjasama Teluk negara-negara Arab dan pemegang visa Schengen boleh menempah janji temu umrah melalui aplikasi Nusk.

Menurut kementerian, fasiliti yang diberikan kepada para jemaah adalah sebahagian daripada perundangan baharu kementerian, termasuk mengurangkan yuran insurans untuk jemaah sebanyak 63 peratus sambil mengekalkan kelestarian perkhidmatan kesihatan untuk mereka.

Selain itu, pengeluaran visa umrah dikurangkan daripada 24 jam dan melanjutkan visa umrah daripada tempoh 30 kepada 90 hari tanpa keperluan kesihatan.

Prosedur umrah yang dikemas kini itu juga membenarkan wanita menunaikan umrah tanpa pengiring lelaki (mahram).

Peraturan baharu itu turut membenarkan jemaah atau pengunjung melawat lokasi unik di Arab Saudi untuk mempelajari kepelbagaian budaya dan agama. - Bernama-SPA

Berita Berkaitan

1

Selebriti 2 tahun yang lalu

Puteri Sarah Tunai Umrah Lagi, Kali Ini Bersama Ibu Bapa 

2

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Susuk Tubuh Yang Tinggi Curi Tumpuan Jemaah Umrah

3

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Jutaan Umat Islam Menunaikan Umrah Sempena Ramadan

4

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Sabarlah, Sesungguhnya Allah Bersama Orang Yang Sabar...

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 8 jam yang lalu

Ribut Petir, Hujan Lebat Di KL, Labuan Dan 9 Negeri Malam Ini

Semasa 10 jam yang lalu

Dakwaan Peranan Bebas Rais Yatim Jadi Tanda Tanya, Surat Lantikan Sebagai Peguam Tersebar Luas

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan