web statsweb stats

Berita Terkini

8 minit yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 9 minit yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Dunia Catat Rekod Hari Paling Panas

Luar Negara Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Jul 2023 4:29PM

Purata suhu dunia pada 3 Julai mencecah 17.01 Celsius (62.62 F), mengatasi rekod sebelum ini, iaitu 16.9 Celsius yang dicatatkan pada Ogos 2016 - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ANKARA - Dunia pada 3 Julai mencatatkan rekod baharu untuk hari paling panas, menurut data Pusat Ramalan Alam Sekitar Amerika Syarikat (AS).

Purata suhu dunia pada tarikh itu mencecah 17.01 Celsius (62.62 F), mengatasi rekod sebelum ini, iaitu 16.9 Celsius yang dicatatkan pada Ogos 2016.

Musim panas ini, perubahan iklim mencetuskan gelombang haba yang melampau di seluruh dunia, mencetuskan amaran cuaca dan meragut banyak nyawa, menurut Agensi Anadolu. 

Dari Amerika Utara hingga ke Eropah, Asia dan Timur Tengah, banyak negara sedang bergelut dengan suhu yang terik.

Di AS, amaran telah dikeluarkan di seluruh negara kerana panas terik dan kelembapan yang menyelubungi di kebanyakan wilayah.

Mexico turut terjejas teruk, dengan suhu melebihi 40 Celsius (104F) yang menyaksikan lebih 110 orang terkorban akibat suhu tinggi. 

United Kingdom (UK) mengalami cuaca paling panas pada Jun, sejak penyimpanan rekod bermula pada 1884. Suhu purata ialah 15.8 Celsius (60.44F), hampir satu darjah lebih tinggi daripada paras tertinggi sebelum ini.

Iran, yang terkenal dengan musim panas terik, menyaksikan suhu mencecah 50 Celsius (122F) di beberapa kawasan.

Di Sepanyol, suhu melonjak ke 44 Celsius (111.2F) sepanjang bulan Jun, menyebabkan lapan daripada 17 pentadbiran autonominya mengeluarkan amaran.

Pakistan dan India turut terkesan akibat musim panas. Insiden berkaitan strok haba meragut sekurang-kurangnya 22 orang di Pakistan, manakala lebih 150 kehilangan nyawa di India.

Bahkan China juga telah mengalami hari paling panas dalam tempoh enam dekad, dengan suhu mencecah sehingga 40 Cesius (104F). - Bernama-Agensi Anadolu

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 19 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad