web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Keletah 'Comel' Sembilan Ekor Anak Panda Curi Perhatian

Luar Negara Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Feb 2021 2:09PM

Anak-anak Panda ini diperkenalkan pertama kali kepada orang ramai - Gambar dari REX

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BEIJING – Sembilan ekor anak panda yang pertama kali diperkenalkan di Pusat Pembiakan dan Penyelidikan Panda di Sichuan sempena Tahun Baharu Cina, telah mencuit hati pengunjung dengan aksi `comel' dan `nakal' binatang berkenaan.

Ia merupakan kemunculan sulung anak-anak panda terbabit, yang lahir ketika China sedang bergelut dengan wabak COVID-19 pada tahun lepas.

Keseluruhan anak panda yang dilahirkan pada  2020 adalah 14 ekor.

Beberapa rakaman video dan gambar yang dirakamkan menunjukkan telatah anak-anak panda yang bagaikan anak patung, merangkak ke merata tempat, seolah-olah mendapat kebebasan penuh. 

Ada juga anak panda yang kelihatan malu apabila gambarnya dirakamkan dan cuba menyembunyikan diri. 

Kemunculan binatang itu dicetuskan sempena tradisi masyarakat Cina yang menyambut tahun baharu dengan hidangan pencuci mulut dikenali sebagai Tangyuan, iaitu bebola pulut kukus berintikan bijan hitam.

Tangyuan dikatakan mirip seperti anak-anak panda berkenaan yang berbulu putih dan hitam.

Pada tahun lepas, sebanyak 44 ekor anak panda telah lahir di China, sekali gus menambahkan jumlah panda yang ditempatkan dalam kurungan kepada 633 ekor. - Mail Online

Sorotan

1

Buat Aksi ‘Fast & Furious’ Di Jalan Raya, Pemandu Tanpa Lesen Diburu Polis

2

Ekonomi Kebencian: Apabila Perpecahan Menjadi Model Perniagaan

3

Hos Jualan Siaran Langsung Dakwa Jadi Mangsa Buli Siber, Rugi RM70,000

4

Pokok Gergasi Lebih 150 Tahun Tumbang, Warga Emas Nyaris Maut 

5

Keadilan Tidak Wajar Tunduk kepada Kuasa: Karim Khan, ICC Dan Dunia Hari Ini

6

Gara-Gara Memotong Barisan, 2 Lelaki Akhirnya Bertumbuk

Disyorkan untuk anda

Politik 8 jam yang lalu

‘Menang Atau Kalah, Saya Tetap Perdana Menteri’ - Anwar

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Kerajaan Tambah RM10 Juta Bantu Pemandu Teksi Tukar Kenderaan Lama

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Pengampunan Terhadap Jho Low Oleh AS Tak Jejas Pendirian Malaysia - PM

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PH Lancar Manifesto ‘Johor Untuk Semua’, Sasar 250,000 Pekerjaan Baharu Bergaji Tinggi

oleh Amirah Abu Bakar