web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Penduduk Singapura Mula Praktik SOP Lebih Ketat

Luar Negara Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 May 2021 12:14PM

Orang ramai menunggu untuk membeli makanan yang dibungkus selepas SOP ketat dilaksanakan di Singapura, yang tidak membenarkan orang ramai makan di gerai dan restoran. - Gambar dari BH Singapura

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Singapura telah memperketatkan lagi peraturan untuk mengekang penularan COVID-19 mulai Ahad lalu sehingga 13 Jun 2021 ini.  Antara peraturan yang diambil ialah tidak membenarkan pelanggan makan di restoran.

Berita Harian Singapura dalam laporannya, memaparkan orang ramai beratur untuk membeli makanan semasa waktu makan tengah hari semalam di Pusat Penjaja Sementara Market Street, pada hari bekerja pertama selepas sekatan COVID-19 dilaksanakan.

Kerusi dan meja ditutup untuk mengelak pelanggan makan di pusat penjaja itu.

Pelanggan sebaliknya harus membawa pulang makanan dan memakannya di tempat lain seperti di dalam pejabat atau di rumah.

Di bawah sekatan yang bermula kelmarin dan berterusan hingga 13 Jun ini, menjamu selera di luar tidak lagi dibenarkan manakala tempat makan dan pusat penjaja hanya boleh menawarkan khidmat penghantaran serta pembelian makanan bungkus dalam tempoh itu.

Ini bagi mengurangkan risiko penyebaran virus kerana kegiatan menjamu selera dianggap sebagai berisiko lebih tinggi untuk orang ramai berkumpul dalam kawasan tertutup tanpa memakai pelitup muka.

Dalam tempoh itu juga, bekerja dari rumah kembali diamalkan dengan majikan harus memastikan kakitangan yang boleh bekerja dari rumah, melakukan demikian.

Selain itu, had dua orang dalam setiap kumpulan dilaksanakan dan dua perhimpunan sosial dibenarkan setiap hari, sama ada di tempat awam atau untuk mengunjungi rumah.

Sorotan

1

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

2

Pemandu Iriz Larikan Diri Selepas Nahas Diburu

3

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

4

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

5

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

6

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

Disyorkan untuk anda

Politik 20 jam yang lalu

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 jam yang lalu

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Aksi Ganas Di Kantin, Pelajar Digantung Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 2 jam yang lalu

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

oleh Sophia Ahmad