web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Facebook, Instagram dituduh berat sebelah tapis kandungan Palestin

Luar Negara Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 May 2021 11:22AM

Pengguna media sosial mendakwa Instagram dan Facebook telah membuang kandungan dan akaun yang melaporkan mengenai keganasan di Sheikh Jarrah, Baitulmaqdis. - Gambar Arab News

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

DUBAI - Bayangkan kesakitan yang dialami apabila dihalau dari rumah sendiri? Kemudian bayangkan kesakitan itu tidak boleh diceritakan kepada dunia.

Inilah realiti yang berlaku kepada penduduk Palestin yang menetap di kawasan Sheikh Jarrah, di Baitulmaqdis, kawasan di mana 28 keluarga mendudukinya sejak Hari Nakba 1948, iaitu peristiwa hitam di mana tanah Palestin dirampas Israel.

Di bawah undang-undang antarabangsa, timur Baitulmaqdis merupakan sebahagian daripada wilayah Palestin.

Awal tahun ini, Mahkamah Israel di timur Baitulmaqdis meluluskan keputusan untuk mengusur empat keluarga Palestin dari rumah mereka di kawasan berkenaan.

Namun berlaku kejadian di mana Zionis telah menyerbu ke Masjid Al-Aqsa menyebabkan beratus penduduk Palestin cedera.

Beirkutan itu, beratus-ratus pengguna media sosial mendakwa Instagram dan Facebook menghapus kandungan dan akaun yang melaporkan mengenai keganasan Sheikh Jarrah.

Salah satunya adalah video yang dipadamkan dari simpanan wartawan Palestin, Maha Rezeq mengenai peneroka haram Israel, Jacob, yang merampas rumah Muna El-Kurd pada 2009. Dia memberitahu Muna jika dia tidak merampas rumah berkenaan maka orang lain akan melakukannya.

“Apa yang saya kongsikan ini adalah rakaman asal, video, testimoni penduduk di situ, dan ada yang dirakamkan daripada orang Israel, dari peneroka, jadi kenapa ia kontroversi? Semuanya menjelaskan dengan sendiri, tiada darah atau rakaman yang mencabul standard komuniti,'' kata Rezeq.

Rezeq memberitahu Arab News bahawa hanya kandungan video mengenai Sheikh Jarrah yang dipadamkan.

“Satu-satunya perkara yang dipadamkan ialah simpanan dari artikel dan entri yang berkaitan dengan jenayah Israel terhadap Palestin,'' katanya.

Mohammed El-Kurd, penulis Palestin dari Baitulmaqdis, telah memuatnaik video dan artikel mengenai keganasan di Sheikh Jarrah apabila beliau menerima amaran bahawa akaunnya mungkin dipadamkan.

Sebahagian daripada entri lalu anda tidak mematuhi Garis Panduan Komuniti,'' kata mesej yang diterimanya.

``Jika anda memuatnaik sesuatu yang bertentangan dengan garis panduan, akaun anda mungkin dipadamkan, termasuk entri, simpanan, mesej dan pengikut.''

Facebook turut membuang ``57 kandungan'' dari page Mohammed kerana ia bertentangan dengan garis panduan.

Manakala Yasmin Dabat pula berkata artikel dengan #SaveSheikhJarrah, yang bertarikh 3 Mei lalu, telah dipadamkan oleh Instagram tanpa sebarang amaran. - Arab News

Sorotan

1

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

2

Pemandu Iriz Larikan Diri Selepas Nahas Diburu

3

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

4

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

5

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

6

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Rogol, Cabul Cucu; Datuk Dipenjara 33 Tahun, 14 Sebatan

oleh Sophia Ahmad

Politik 16 jam yang lalu

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 18 jam yang lalu

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

oleh Amirah Abu Bakar