web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Gempa Bumi Kuat Gegar Barat Indonesia, Ribuan Penduduk Melarikan Diri

Luar Negara Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Apr 2023 11:58AM

Gegaran kuat turut dirasai di daerah kecil Siberut Barat dan Siberut Utara. - Gambar METMalaysia

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JAKARTA - Gempa bumi berukuran 6.9 pada skala Richter melanda wilayah barat Sumatera Barat di Indonesia pada Selasa dan berpotensi mencetuskan tsunami selain memaksa ribuan penduduk melarikan diri dari kawasan pantai. 

Gempa bumi itu berlaku pukul 3 pagi (waktu Jakarta) pada Selasa (2000 GMT Isnin) dengan pusat gempa berada 177 kilometer (km) barat laut daerah Kepulauan Mentawai dan kedalaman 84 km di bawah dasar laut, menurut agensi meteorologi, klimatologi dan geofizik negara itu.

Lebih 2,000 penduduk telah melarikan diri dari kawasan pantai, menuju ke kawasan lebih tinggi di daerah  Siberut Barat dan Siberut Utara di daerah Kepulauan Mentawai, kata ketua unit kecemasan dan logistik agensi pengurusan dan mitigasi bencana daerah Mentawai, Amir Ahmari.

"Gegaran kuat turut dirasai di daerah kecil Siberut Barat dan Siberut Utara. Penduduk bergegas ke kawasan yang lebih tinggi," kata Ahmari ketika dihubungi Agensi Berita Xinhua. 

Setakat ini tiada laporan awal mengenai kerosakan atau kemalangan jiwa, namun penilaian risiko maih dilakukan, katanya.

Sementara itu, jurucakap Agensi Pengurusan dan Mitigasi Bencana Negara, Abdul Muhari, berkata berdasarkan pemerhatian visual tiada kecederaan, kemalangan jiwa dan kerosakan selepas gempa itu.

Ketua agensi meteorologi, klimatologi dan geofizik Dwikorita Karnawati berkata permukaan air telah meningkat 11 sentimeter dan agensi itu meramalkan kenaikan tidak melebihi 0.5 meter. - Bernama/Xinhua

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Gempa Bumi: Malaysia Sedia Hulurkan Bantuan - PM

2

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Gempa Bumi Kuat Landa Mindanao, Gegaran Dirasai Sekitar Sabah, Labuan

3

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Gempa Bumi Magnitud 4.8 Gegarkan New Jersey, New York

4

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Gempa Bumi: Pihak Berkuasa Jepun Masih Kesan 51 Orang Yang Dilaporkan Hilang

Sorotan

1

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

2

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

3

Ibu Hamil Dituduh Mencuri: Lotus’s Mohon Maaf, Pekerja Dikenakan Tindakan Disiplin

4

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

5

Syed Saddiq Bebas, Mahkamah Persekutuan Kekal Keputusan Lepas Dan Bebas 

6

Misteri Bau Busuk Terbongkar, Mayat Wanita Reput Ditemui Dalam Apartment

Disyorkan untuk anda

Semasa 22 jam yang lalu

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 16 jam yang lalu

Forest  City: Usir Segera Warga Israel Jika Dakwaan Terbukti - PM

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

RUU 7 ADUN Lantikan Dilulus, DAP Tarik Sokongan Terhadap Kerajaan Melaka

oleh Sophia Ahmad

Politik 16 jam yang lalu

Tiada Lagi Rundingan, DAP Melaka Sudah Hantar Surat Peletakan Jawatan - Ab Rauf

oleh Amirah Abu Bakar