web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


ICAO Putuskan Dengar Kes MH17 Terhadap Rusia

Luar Negara Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Mar 2023 9:18AM

Pada Mac 2022, Anggota Kabinet Belanda berkata bahawa Australia dan Belanda telah memfailkan aduan terhadap Rusia membabitkan nahas pesawat MH17 - Gambar Fail AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MOSCOW - Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) memutuskan untuk mendengar kes yang difailkan oleh Belanda dan Australia terhadap Rusia berhubung nahas pesawat MH17 di Donbas pada 2014, kata Menteri Luar Belanda Wopke Hoekstra pada Sabtu.

Pada Mac 2022, Anggota Kabinet Belanda berkata bahawa kedua-dua negara telah memfailkan aduan terhadap Rusia membabitkan nahas pesawat MH17, lapor Sputnik.

“Hari ini, Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa memutuskan untuk mendengar kes difailkan Belanda dan Australia terhadap Rusia kerana menembak jatuh pesawat #MH17... Ini adalah langkah penting ke arah mewujudkan kebenaran, keadilan dan akauntabiliti,” menurut ciapan Hoekstra menerusi Twitter.

Belanda dan Australia akan terus melakukan segala usaha untuk "menuntut keadilan" bagi keluarga mangsa.

Pada November, Mahkamah Daerah Hague mendapati dua warga Rusia, Igor Girkin dan Sergei Dubinsky serta seorang warga Ukraine Leonid Kharchenko didapati bersalah menembak jatuh pesawat MH17 serta menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup tanpa kehadiran. 

Mereka juga perlu membayar 16 juta euro (US$17.2 juta) sebagai ganti rugi kepada keluarga mangsa. 

Defendan keempat, warga Rusia Oleg Pulatov, dibebaskan daripada pertuduhan. 

Mahkamah Hague tidak mengaitkan sistem pertahanan udara BUK secara langsung hingga membawa kepada nahas pesawat malang itu, tetapi berkata bahawa Rusia mengawal wilayah berkenaan ketika kejadian.

Kesemua 298 penumpang dan kru pesawat terbunuh apabila Boeing 777 yang berlepas dari Amsterdam ke Kuala Lumpur ditembak jatuh di timur Ukraine, wilayah dikuasai puak pemisah yang didakwa menggunakan peluru berpandu dibekalkan oleh Moscow.

Pada 2016, Pasukan Penyiasatan Bersama antarabangsa (JIT) yang diketuai Belanda membuat kesimpulan bahawa pesawat itu ditembak oleh peluru berpandu BUK buatan Rusia di Donbas. 

Kementerian Luar Rusia berkata bahawa dakwaan JIT berhubung kaitan Rusia dengan nahas itu adalah tidak berasas, sambil menambah bahawa siasatan itu berat sebelah. - Bernama-Sputnik

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 2 minggu yang lalu

Malaysia Teguh Dengan Pendirian, Diplomasi Mekanisme Utama Tangani Konflik Antarabangsa - PM

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Malaysia Kukuhkan Pemusatan ASEAN, Tingkat Hubungan Dengan Rusia Dan Selatan Global

3

Jelajah 1 tahun yang lalu

3 Tarikan Baharu Berasaskan Marin Di Australia Barat

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Sedekad Berlalu Tragedi MH17, Keadilan Akan Terus Dituntut

Sorotan

1

Buat Aksi ‘Fast & Furious’ Di Jalan Raya, Pemandu Tanpa Lesen Diburu Polis

2

Ekonomi Kebencian: Apabila Perpecahan Menjadi Model Perniagaan

3

Hos Jualan Siaran Langsung Dakwa Jadi Mangsa Buli Siber, Rugi RM70,000

4

Pokok Gergasi Lebih 150 Tahun Tumbang, Warga Emas Nyaris Maut 

5

Keadilan Tidak Wajar Tunduk kepada Kuasa: Karim Khan, ICC Dan Dunia Hari Ini

6

Gara-Gara Memotong Barisan, 2 Lelaki Akhirnya Bertumbuk

Disyorkan untuk anda

Politik 2 jam yang lalu

PRN Johor: Pertahan Keputusan BN Bertanding Solo, ‘Kami Tak Khianat’ - Zahid

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

C4 Center, Bersih Gesa Kerajaan Dedah Hasil Siasatan Kes Azam Baki

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Khianat Bahan Kempen: Polis Johor Buka 8 Kertas Siasatan 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pengampunan Terhadap Jho Low Oleh AS Tak Jejas Pendirian Malaysia - PM

oleh Sophia Ahmad