web statsweb stats

Berita Terkini

16 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 16 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


London: Ribuan Sertai Mogok, Tanda Solidariti Dengan Petugas Kesihatan

Luar Negara Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Mar 2023 1:35PM

Perkhidmatan Kesihatan Negara (SOS NHS) telah mengadakan mogok bagi menuntut menuntut kerajaan melaksanakan kenaikan gaji yang adil untuk pekerja penjagaan kesihatan. - Gambar dari Twitter @LoveDaisyPetals

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

LONDON - Beribu-ribu penduduk berdemonstrasi di London pada Sabtu sebagai solidariti dengan pekerja penjagaan kesihatan. 

Demonstrasi oleh Perkhidmatan Kesihatan Negara (SOS NHS), gabungan kumpulan kempen dan kesatuan sekerja, menuntut kerajaan melaksanakan kenaikan gaji yang adil untuk pekerja penjagaan kesihatan dalam menghadapi peningkatan kos sara hidup, lapor Agensi Anadolu. 

Mereka menyuarakan sokongan kepada pekerja penjagaan kesihatan sambil membawa sepanduk: "Tamatkan krisis NHS" dan "Kakitangan NHS berhak mendapat gaji yang adil".

Ahli Parlimen parti pembangkang turut menyertai bantahan itu bersama doktor, jururawat dan wakil dari kesatuan sekerja.

Doktor muda di England akan memulakan mogok selama tiga hari bermula Isnin susulan pertikaian berterusan mengenai kenaikan gaji.

Setiausaha Kesihatan Steve Barclay mengumumkan pada Sabtu bahawa beliau menggesa kesatuan doktor muda, BMA, mengadakan perbincangan.

"Mari kita mengadakan dialog untuk memastikan NHS menjadi tempat yang lebih baik untuk bekerja dan memastikan kami memberikan penjagaan yang diperlukan pesakit," tulisnya di Twitter. - Bernama

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad