web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kes COVID-19 Di India Lepasi 20 Juta

Luar Negara Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 May 2021 2:58PM

Seorang pesakit COVID-19 menerima sokongan oksigen daripada seorang pekerja kesihatan di dalam sebuah ambulans di Ahmedabad pada 3 Mei. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

NEW DELHI - Jumlah keseluruhan kes COVID-19 di India kini sudah mencecah 20.28 juta selepas mencatat lebih 357,229 jangkitan pada Selasa, menurut Kementerian Kesihatan, lapor Agensi Anadolu (AA) melaporkan.

Sementara itu, seramai 3,449 lagi kematian dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan sehingga kini sebanyak 222,408.

Sejak Sabtu terdapat sedikit penurunan selepas mencatat jumlah jangkitan tertinggi iaitu 400,000 kes.

Negara ini mencatatkan 392,488 kes pada Ahad dan 368,147 kes pada Isnin.

India yang bergelut dengan peningkatan kes menyebabkan sistem kesihatan negara lumpuh menyaksikan hospital kekurangan katil, bekalan oksigen dan ubat-ubatan.

Banyak negara tampil membantu dengan menghantar bekalan perubatan.

Kebanyakan pesakit dilaporkan meninggal dunia akibat hospital tidak lagi berupaya menyediakan bantuan peralatan oksigen.

India minggu lalu memulakan kempen vaksinasi kepada penduduk berumur 18 tahun ke atas namun, usaha ini berdepan kesukaran kerana terdapat beberapa negeri menghadapi kekurangan bekalan vaksin.

Menurut data, setakat ini sebanyak 158 juta dos vaksin sudah diberikan. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Pakistan-India Diharap Mampu Cari Penyelesaian, Wujudkan Semula Keamanan - PM

2

Semasa 1 tahun yang lalu

DAP Ketandusan Pemimpin India

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Tanah Jerlus: Operasi SAR Dihentikan, Kini Masuki Fasa 'Search And Recovery'

4

Semasa 1 tahun yang lalu

PM Tingkat Hubungan Dengan India, Raih Komitmen Pelaburan RM4.5 Bilion

Sorotan

1

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

2

Pemandu Iriz Larikan Diri Selepas Nahas Diburu

3

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

4

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

5

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

6

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

Disyorkan untuk anda

Semasa 9 jam yang lalu

Pelatih Industri UPM Maut Akibat Lemas, Kes Diklasifikasi Mati Mengejut - Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Rogol, Cabul Cucu; Datuk Dipenjara 33 Tahun, 14 Sebatan

oleh Sophia Ahmad

Politik 12 jam yang lalu

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja 15 Tahun Diserang Dan Disamun, Polis Gerak Unit K9 Buru Suspek 

oleh Sophia Ahmad