web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Angka Korban Gempa Bumi Turkiye Cecah 44,218

Luar Negara Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Feb 2023 1:01PM

Hampir 335,400 khemah telah dibina di zon gempa, lapor Agensi Anadolu memetik Pengurusan Bencana dan Kecemasan (AFAD). - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ISTANBUL - Sekurang-kurangnya 44,218 orang terbunuh akibat dua gempa bumi kuat yang menggegarkan selatan Turkiye pada 6 Feb lalu, menurut agensi pengurusan bencana negara itu pada Jumaat.

Hampir 335,400 khemah telah dibina di zon gempa, lapor Agensi Anadolu memetik Pengurusan Bencana dan Kecemasan (AFAD).

Lebih 11,400 anggota misi mencari dan menyelamat (SAR) tempatan dan antarabangsa masih menjalankan operasi SAR di lokasi kejadian.  

Empat pusat khidmat sosial bergerak diwujudkan di Kahramanmaras, Hatay, Osmaniye dan Malatya untuk menyediakan perkhidmatan sokongan psikologi.

Kira-kira 912,000 orang telah menerima sokongan psikososial dengan 615,000 di zon gempa bumi dan 297,000 di luar zon gempa.
Menurut AFAD, gempa yang berpusat di wilayah Kahramanmaras itu turut disusuli dengan 9,136 gegaran susulan.

Gegaran berukuran 7.7 dan 7.6 pada skala Richter melanda 10 wilayah lain – Hatay, Gaziantep, Adiyaman, Malatya, Adana, Diyarbakir, Kilis, Osmaniye, Sanliurfa, dan Elazig yang menjejaskan kira-kira 13.5 juta penduduk.

Beberapa negara di rantau berkenaan termasuk Syria dan Lubnan turut merasakan gegaran itu. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Gempa Bumi: Malaysia Sedia Hulurkan Bantuan - PM

2

Luar Negara 1 tahun yang lalu

Gempa Bumi Kuat Landa Mindanao, Gegaran Dirasai Sekitar Sabah, Labuan

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Agong Kurnia 10 Ekor Lembu Untuk Ibadah Korban

4

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Gempa Bumi Magnitud 4.8 Gegarkan New Jersey, New York

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 7 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 12 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar