web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Malaysia Kecam Penindasan Berterusan Israel Ke Atas Warga Palestin

Luar Negara Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Feb 2023 7:26PM

Malaysia mengecam sekeras-kerasnya kempen penindasan yang ganas dan tanpa henti oleh rejim Israel ke atas warga Palestin, terutamanya terhadap tahanan dari Jenin di Tebing Barat - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Malaysia mengecam sekeras-kerasnya kempen penindasan yang ganas dan tanpa henti oleh rejim Israel ke atas warga Palestin, terutamanya terhadap tahanan dari Jenin di Tebing Barat. 

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu kenyataan hari ini menekankan ia termasuk penindasan dalam beberapa penjara di kawasan diduduki Israel selain daripada hukuman secara pukul rata dan tindakan balas.

“Malaysia menyeru kepada semua pemimpin dunia berfikiran wajar dan mereka yang merdeka supaya mengutuk pembunuhan warga Palestin oleh pihak berkuasa Israel, katanya.

Anwar berkata Malaysia juga menggesa masyarakat antarabangsa supaya memastikan rejim Israel bertanggungjawab ke atas jenayah ini dan meminta rejim itu menghentikan serta-merta tindakan yang kejam dan ganas itu.

Selain itu, Malaysia menzahirkan simpati, takziah dan doa kepada keluarga-keluarga warga Palestin yang maut dan cedera dalam pencerobohan tentera Israel dalam serangan ke atas satu khemah pelarian di Jenin baru-baru ini. 

Beliau juga menekankan Malaysia terus bersatu padu dengan warga Palestin dan mengukuhkan sokongan tidak berbelah-bagi kepada mereka dan perjuangan untuk mencapai kebebasan daripada pendudukan haram Israel dan aspirasi mereka untuk sebuah negara Palestin yang berdaulat dan merdeka berdasarkan sempadan pra-1967 dengan  Baitulmuqaddis Timur sebagai ibu negaranya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

2

Luar Negara 2 minggu yang lalu

8 Negara Kecam Menteri Israel Berhubung Layanan Terhadap Tahanan Flotila

3

Luar Negara 1 bulan yang lalu

Aktivis Antarabangsa Puji Solidariti Malaysia Terhadap Gaza

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi