web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Chris Hipkins Sah Sebagai PM Baharu New Zealand, Ikrar Tumpu Isu Domestik

Luar Negara Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Jan 2023 2:57PM

Chris Hipkins - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

WELLINGTON - Parti Buruh New Zealand mengesahkan Chris Hipkins sebagai pemimpin baharu parti itu sekali gus menjadi Perdana Menteri ke-41 New Zealand.

Mesyuarat kaukus parti itu pada Ahad mengundi Chris Hipkins sebagai ketua baharu parti dan menjadi calon tunggal bagi menggantikan Jacinda Ardern yang mengumumkan peletakan jawatannya pada Khamis lalu, lapor Xinhua.

Ahli Parlimen Kelston dan menteri Kabinet Carmel Sepuloni dilantik sebagai timbalan perdana menteri.

Berdasarkan sistem politik New Zealand, parti yang memegang majoriti di parlimen layak untuk membentuk kerajaan dan memilih ketua parti itu menjadi perdana menteri.

Bercakap pada sidang media selepas mesyuarat kaukus itu, Hipkins berkata beliau akan mengangkat sumpah secara rasmi sebagai perdana menteri pada Rabu depan, diikuti rombakan kabinet pada minggu seterusnya.

Beliau berikrar untuk menumpukan kepada isu domestik termasuk berkaitan inflasi, harga perumahan dan undang-undang selain mungkin merancang untuk melawat China.

Hipkins menggantikan Ardern yang mengumumkan akan meletakkan jawatan sebagai perdana menteri dan ketua Parti Buruh pada Februari dan tidak akan bertanding semula. 

Sementara itu, pilihan raya umum New Zealand 2023 dijadual diadakan pada 14 Oktober, kata Ardern. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Politik 13 jam yang lalu

Cubaan Jatuhkan Tok Min, Kerajaan Negeri Tak Boleh Diterima - Anwar

2

Semasa 1 hari yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

3

Semasa 3 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

4

Semasa 5 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

Sorotan

1

PRN Johor Dijangka Sengit, 10 Kerusi Panas Jadi Tumpuan

2

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

3

8 Rumah Musnah, Kebakaran Awal Pagi Di Kuala Perlis 

4

Cubaan Jatuhkan Tok Min, Kerajaan Negeri Tak Boleh Diterima - Anwar

5

SPRM ‘Mengganas’ Lagi, 3 Tokoh Politik Bakal Didakwa Minggu Depan?

6

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

Disyorkan untuk anda

Semasa 13 jam yang lalu

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

Politik 1 hari yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

SPRM ‘Mengganas’ Lagi, 3 Tokoh Politik Bakal Didakwa Minggu Depan?

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Selangor Terus Perangi Penempatan Haram, Struktur Tanpa Kelulusan Akan Diroboh

oleh Amirah Abu Bakar