web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


13.2 Juta Orang Di UK Telah Terima 2 Dos Vaksin COVID-19

Luar Negara Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Apr 2021 1:04PM

33.8 juta orang telah menerima dos vaksin yang pertama di UK. - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Satu perempat daripada golongan dewasa di United Kingdom (UK) kini telah menerima sepenuhnya vaksin COVID-19 dengan mereka yang telah menerima dua dos vaksin di Britain sudah melepasi angka 13.2 juta, semalam.

Data daripada Jabatan Kesihatan UK menunjukkan 33.8 juta orang telah menerima dos vaksin yang pertama, dengan 47 juta vaksin telah dikeluarkan.

Setiausaha Kesihatan, Matt Hancock memuji langkah penting itu dan meminta lebih ramai orang untuk menerima tawaran vaksin bagi memastikan pelaksanaannya berjalan lancar.

''Lebih seperempat orang dewasa di seluruh United Kingdom termasuk mereka yang berisiko COVID-19, kini telah mendapat dua dos dan bermaksud mereka telah mendapat perlindungan sekuat mungkin.

"Terima kasih kepada NHS, sukarelawan, pihak berkuasa, angkatan tentera dan penjawat awam yang berkerja keras untuk memvaksin orang ramai secepat mungkin.

"Ada bukti yang tidak dapat disangkal bahawa vaksin menyelamatkan nyawa, yang secara signifikan mengurangkan kemasukan ke hospital dan kematian.

"Saya menggesa mereka yang diberikan temujanji untuk mendapat suntikan supaya menyertai berjuta-juta orang yang telah mendapat perlindungan daripada penyakit ini,'' kata Hancock.

Menurut Hancock, kerajaan telah membuka had umur vaksin kepada mereka yang berusia 43 dan 42 tahun, sekali gus membolehkan beliau juga mendapat suntikan vaksin terbabit.

"Semalam kita buka kepada mereka yang berusia 44 tahun. Ia berjalan dengan lancar. Terima kasih kepada beratus ribu orang yang tampil ke depan dan membuat temujanji bagi mendapatkan vaksin,'' katanya yang berusia 42 tahun.

Semua 1.3 juta penduduk berusia 42 dan 43 tahun akan ditawarkan jemputan daripada 'NHSvaccine' termasuk pautan pada laman web untuk membuat temujanji bagi mendapat suntikan.

Mereka yang tidak mempunyai akses kepada internet boleh menghubungi 119 untuk membuat temujanji daripada mana-mana 1600 laman web yang memantau vaksin di seluruh UK.

Dua pertiga daripada mereka yang berusia 45 hingga 49 tahun telah menerima dos vaksin pertama meskipun program berkenaan hanya dibuka dua minggu lalu. Skim ini dijangka dibuka kepada mereka yang berusia 30-an pada minggu depan.

Bagaimanapun jumlah mereka yang mendapat dos vaksin pertama, yang dipantau setiap hari menurun daripada 750,000 kepada 90,000 semalam.

Data NHS menunjukkan hanya 644 daripada 86,868 di UK telah meninggal dunia akibat COVID setakat ini.

Sebilangan besar mereka yang dimasukkan ke hospital akibat COVID adalah mereka yang berusia pertengahan dan vaksin yang ada melindungi sebahagian besar warga emas. - dailymail.co.uk

Sorotan

1

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

2

Pemandu Iriz Larikan Diri Selepas Nahas Diburu

3

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

4

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

5

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

6

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Aksi Ganas Di Kantin, Pelajar Digantung Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja 15 Tahun Diserang Dan Disamun, Polis Gerak Unit K9 Buru Suspek 

oleh Sophia Ahmad