web statsweb stats

Berita Terkini

5 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 5 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Seorang Rakyat Malaysia Antara Korban Kebakaran Hotel Kasino Kemboja

Luar Negara Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Jan 2023 8:15AM

Wanita itu, yang namanya dirahsiakan dan suaminya berusia 70 tahun pergi ke Poipet untuk menghadiri majlis perkahwinan rakan anak perempuannya - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BANGKOK - Seorang rakyat Malaysia antara yang maut dalam kebakaran di hotel kasino di Poipet, Kemboja.

Wanita berusia 73 tahun itu dan suaminya warga Thailand maut dalam kebakaran yang berlaku di hotel kasino Grand Diamond City di Poipet, Wilayah Banteay Meanchey, Kemboja pada 11.30 malam (waktu tempatan) Rabu.

Wanita itu, yang namanya dirahsiakan dan suaminya berusia 70 tahun pergi ke Poipet untuk menghadiri majlis perkahwinan rakan anak perempuannya.

M. Ramesh, saudara kepada si mati berkata ahli keluarga cuba menghubungi kedua-dua mereka selepas mengetahui tentang kebakaran itu tetapi gagal.

“Mereka kemudiannya dijumpai terkunci di dalam bilik hotel mereka.

“Kedua-duanya ditemukan mati akibat terhidu asap,” katanya kepada Bernama.

Ramesh mengucapkan terima kasih kepada Kedutaan Malaysia di Phnom Penh dan Bangkok atas bantuan menghantar pulang jenazah.

Wanita itu dikebumikan di Tanah Perkuburan Thai Islam di Bangkok pada petang Sabtu.

Pengebumian dihadiri ahli keluarga, sanak saudara dan sahabat handai.

Kebakaran itu mengorbankan sekurang-kurangnya 26 orang - 17 warga Thailand, seorang warga Malaysia dan seorang warga Nepal.

Timbalan pengerusi Jawatankuasa Kebangsaan Pengurusan Bencana, Kun Kim berkata kebakaran itu dipercayai berpunca daripada litar pintas, lapor AFP. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 1 bulan yang lalu

Ancaman Bom: Penerbangan AirAsia Dari Krabi Ditangguh Lebih 4 Jam

2

Semasa 1 bulan yang lalu

1,000 Rumah Musnah Dalam Kebakaran Di Sandakan

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Penipuan Siber: 3 Rakyat Malaysia Antara 49 Ditahan Di Phnom Penh

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar