web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Indonesia Bergelut Dengan Masa Cari Kapal Selam Hilang

Luar Negara Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Apr 2021 11:02AM

Pihak berkuasa bersiap-sedia menjalankan gerakan mencari kapal selam yang hilang di perairan Bali. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Indonesia mengerahkan kapal perangnya pada Khamis untuk mencari kapal selam yang membawa 53 kru, yang terputus hubungan dan hilang di perairan Bali. 

Tumpahan minyak di mana kapal itu dianggap tenggelam pada awal Rabu semasa latihan rutin itu, boleh menunjukkan kerosakan, kata pihak berkuasa.

Ia sekali gus mencetuskan kebimbangan akan bencana kapal selam.

Kapal Selam KRI Nanggala 402, buatan Jerman itu dijadualkan menjalani latihan torpedo secara langsung apabila ia meminta izin untuk menyelam pada awal pagi Rabu, kata pihak berkuasa.

Jurucakap Navi, Julius Widjojono pada Khamis, memberitahu pasukan mencari memberikan tumpuan di kawasan tumpahan minyak, namun lokasi sebenar kapal selam itu belum dapat ditentukan.

"Ia masih belum ditemui. Namun kami telah mengesan area terlibat. Hari ini, kira-kira 400 orang dikerahkan mencari. Enam kapal perang dan helikopter digunakan untuk mencari,'' katanya kepada AFP.

Negara lain termasuk Amerika Syarikat, Australia dan Jerman telah menawarkan bantuan.

Manakala Singapura dan Malaysia telah menghantar kapal bantuan dan dijangka tiba dalam masa beberapa hari lagi,'' kata jurucakap tentera, Achmad Riad.

"Kami sangat prihatin dengan laporan ini. Ini sangat menyedihkan bagi keluarga dan terutama angkatan laut Indonesia, " kata Menteri Luar Australia, Marise Payne kepada stesen ABC.

Seramai 53 kru berada dalam kapal selam terbabit dan ia dipercayai berada di paras 700 meter dalam air.

KRI Nanggala 402 dibina pada 1978 dengan berat 1,300 tan, berdasarkan laman web kerajaan. - AFP

Sorotan

1

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

2

Pemandu Iriz Larikan Diri Selepas Nahas Diburu

3

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

4

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

5

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

6

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

Disyorkan untuk anda

Semasa 7 jam yang lalu

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Rogol, Cabul Cucu; Datuk Dipenjara 33 Tahun, 14 Sebatan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 jam yang lalu

MUKMIN Mahu Kukuh Perpaduan Komuniti India Muslim Tempatan

oleh Sophia Ahmad