Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Mesir Siasat Al-Tawoos Kerana Guna Bahasa Tidak Wajar

Luar Negara Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Apr 2021 2:04PM

Al-Tawoos disiasat kerana didapati menggunakan bahasa tidak wajar kepada nilai-nilai kekeluargaan. - Gambar media sosial

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KAHERAH - Drama bersiri ``Al-Tawoos” telah disiasat oleh badan pemantau media Mesir susulan penggunaan bahasa yang dianggap sebagai tidak wajar kepada nilai-nilai kekeluargaan.

Majlis Media Tertinggi dalam satu kenyataan menyatakan ia telah melancarkan siasatan segera terhadap penerbit dan rancangan serta siaran televisyen yang menyiarkannya iaitu Al Nahar TV. 

Menurut Majlis Media itu, ia menerima banyak aduan mengenai penggunaan bahasa yang tidak sesuai dengan kod yang ditetapkan.

Meskipun ia menghormati kebebasan bersuara, namun menegaskan nilai-nilai keluarga Mesir harus tetap menjadi keutamaan untuk menjaga identiti dan menjauhi imej yang boleh menjejaskannya.

“Al-Tawoos” yang bermaksud burung merak, dibintangi oleh aktor Syria, Gamal Soliman, veteran Mesir Samiha Ayoub, Sahar Al Sayegh, Khaled Alish dan ramai lagi.

Soliman melakonkan watak peguam veteran, Kamal El Ostoul yang mengkhusus kepada kes pampasan namun beliau terpaksa menyiasat satu kes rogol hingga menyebabkan kehidupannya berubah.

Apabila promo siri berkenaan disiarkan, ia mula menjadi trending di kalangan pengguna media sosial yang melihat ia sebagai persamaan besar antara rancangan berkenaan dengan kes jenayah rogol yang berlaku di hotel lima bintang, Fairmont Nile City.

Kes itu melibatkan sekumpulan lelaki yang dituduh merogol seorang gadis ketika dia tidak sedarkan diri di hotel terbabit.

Jenayah berkenaan mencetuskan perdebatan dan menerima kritikan antarabangsa.

Pelaku kes itu ada yang berada di luar Mesir dan ada juga yang ditangkap tetapi telah dikenakan ikat jamin.

Meskipun drama tersebut telah menukar pekerjaan dan kelas sosio ekonomi mangsa, namun ia masih menunjukkan siri itu adalah berdasarkan kepada kes rogol di hotel terbabit. - ArabNews. 

Sorotan

1

“Tiada Kasino Berlesen, Tipu” – PM

2

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

3

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

4

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

5

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

6

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 1 hari yang lalu

Jamaica Secara Rasmi Iktiraf Palestin Sebagai Sebuah Negara

Semasa 11 jam yang lalu

Kontroversi Penceramah Asing: UM Mohon Maaf, Ambil Tindakan Serta Merta Tangani Situasi

oleh Wartawan Getaran

Semasa 15 jam yang lalu

Misi Pelayaran Bantuan Kemanusiaan Ke Gaza Satu Cabaran Besar - Mohamad

Semasa 1 hari yang lalu

8 Jenazah Nahas Helikopter Disembahyangkan, Diberi Penghormatan Terakhir Ikut Istiadat