web statsweb stats

Berita Terkini

7 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 7 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tragedi Itaewon: 26 Daripada 154 Mangsa Maut Adalah Warga Asing

Luar Negara Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Oct 2022 11:46AM

Angka kematian akibat rempuhan dalam tragedi Halloween di Itaewon, Seoul, kini meningkat kepada 154 orang dengan 26 daripadanya adalah warga asing. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SEOUL - Angka kematian akibat kejadian rempuhan ketika sambutan Halloween di Itaewon, Seoul meningkat kepada 154 termasuk 26 warga asing, lapor Agensi Berita Yonhap.

Angka kematian dijangka meningkat berikutan 33 mangsa mengalami kecederaan serius, menurut pegawai di Ibu Pejabat Pencegahan Bencana dan Keselamatan Pusat.

Seramai 116 yang lain mengalami cedera ringan manakala hampir semua mangsa yang maut telah dikenal pasti.

Warga asing yang terbunuh mencecah 26 termasuk lima dari Iran, masing-masing empat dari China dan Rusia, dua dari Amerika Syarikat, dua dari Jepun dan masing-masing seorang dari Perancis, Australia, Norway, Austria, Vietnam, Thailand, Kazakhstan, Uzbekistan dan Sri Lanka.

Insiden itu berlaku pada Sabtu malam apabila sekumpulan besar pengunjung berkumpul sempena pesta Halloween dan memenuhi lorong sempit selebar 3.2 meter di daerah Itaewon, Seoul.

Rempuhan itu disifatkan insiden terburuk di Korea Selatan sejak tragedi feri Sewol karam di perairan pantai selatan pada 2014 yang mengorbankan 304 nyawa, kebanyakannya pelajar sekolah menengah.

Kejadian berlaku di sebuah lorong sempit sepanjang 40 meter yang menghubungkan restoran dengan jalan utama dan enam orang dewasa tidak boleh melalui kawasan itu pada masa yang sama.

Siasatan sedang dijalankan untuk menentukan punca sebenar kemalangan itu.

Presiden Yoon Suk Yeol mengumumkan tempoh berkabung selama seminggu bermula Ahad dan  bendera dikibarkan separuh tiang. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 3 tahun yang lalu

Rempuhan Itaewon: 23 Pegawai Dirujuk Untuk Pendakwaan

2

Filem & TV 3 tahun yang lalu

Program Atau Acara Halloween Mungkin Akan Digam Daripada Industri Penyiaran Korea Selamanya! 

3

Semasa 3 tahun yang lalu

Tiada Warga Malaysia Dilaporkan Terkorban Dalam Insiden Rempuhan Di Itaewon - Saifuddin

4

Selebriti 3 tahun yang lalu

Agensi Yoo Ah In Jawab Tuduhan, Bila Aktor Itu Dikaitkan Sebagai Punca Tercetusnya Tragedi Itaewon   

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 minit yang lalu

Ribut Petir, Hujan Lebat Di KL, Labuan Dan 9 Negeri Malam Ini

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam