web statsweb stats

Berita Terkini

15 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 15 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Australia Tarik Balik Pengiktirafan Baitulmaqdis Sebagai Ibu Negara Israel

Luar Negara Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Oct 2022 3:09PM

Penny Wong - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ANKARA - Australia pada Selasa menarik balik keputusan untuk mengiktiraf Baitulmaqdis Barat sebagai ibu negara Israel, lapor Agensi Anadolu.

“Australia komited terhadap penyelesaian dua negara iaitu masa depan Israel dan Palestin secara bersama dalam keadaan aman dan damai berlandaskan persempadanan yang diiktiraf antarabangsa.

“Hari ini kerajaan mengesahkan pendirian Australia bahawa isu Baitulmaqdis harus diselesaikan menerusi rundingan damai antara Israel dan rakyat Palestin,” kata Menteri Luar Penny Wong dalam satu kenyataan.

Pada 2018, Perdana Menteri Scott Morrison ketika itu berkata kerajaannya akan mengiktiraf Baitulmaqdis Barat sebagai ibu negara Israel tetapi tidak akan memindahkan kedutaannya dari Tel Aviv sehingga penyelesaian damai dicapai.

Morrison turut menyenaraikan perkara berkenaan dalam dasar Australia tetapi kerajaan Perdana Menteri Anthony Albanese telah meminda pengiktirafan itu berkuasa Mei.

Pada 2018, Wong yang menolak keputusan Morrison itu berkata: “Parti Buruh tidak menyokong pengiktirafan unilateral Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel dan akan meminda keputusan ini,” lapor akhbar The Guardian.

Pada 2017, Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump ketika itu secara rasmi mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel, mengubah dasar AS untuk kekal berkecuali.

Tindakan AS itu mencetuskan kecaman dan bantahan meluas di wilayah Palestin dan beberapa negara Arab dan Islam.

Eropah turut mengkritik langkah itu sambil memberi amaran bahawa keputusan AS akan mengeruhkan lagi hubungan antara Palestin dan Israel serta mencetuskan krisis di rantau itu. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 2 minggu yang lalu

8 Negara Kecam Menteri Israel Berhubung Layanan Terhadap Tahanan Flotila

2

Semasa 8 bulan yang lalu

3 Lagi Rakyat Malaysia Ditahan Tentera Israel, Jumlah 15 Setakat Ini - SNCC

3

Jelajah 1 tahun yang lalu

3 Tarikan Baharu Berasaskan Marin Di Australia Barat

4

Luar Negara 1 tahun yang lalu

Ismail Haniyeh Maut, Serangan Didakwa Dibuat Rejim Zionis

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Politik 15 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Dakwaan Peranan Bebas Rais Yatim Jadi Tanda Tanya, Surat Lantikan Sebagai Peguam Tersebar Luas

oleh Sophia Ahmad