web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Jepun Ketatkan Langkah-langkah Karantin Untuk Pelancong Dari 2 Negara

Luar Negara Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Apr 2021 4:14PM

Keadaan di Lapangan Terbang Haneda, Tokyo yang dirakamkan pada 27 Disember 2020, selepas kerajaan mengumumkan langkah-langkah kuarantin ketat untuk membendung COVID-19. - Gambaf fail AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TOKYO - Jepun telah mengetatkan kawalan sempadan kepada pelancong dari Sepanyol, Finland dan wilayah Ontario di Kanada susulan penyebaran varian baru coronavirus yang dikesan di negara berkenaan.

Di bawah kawalan baru itu, mereka yang tiba dari tiga kawasan berkenaan dikehendaki menjalankan kuarantin di fasiliti yang ditetapkan dan melakukan ujian COVID-19 selepas tiga hari.

Jika keputusan adalah negatif, mereka akan diminta meninggalkan fasiliti tersebut tanpa menggunakan pengangkutan awam dan melakukan kuarantin kendiri di rumah atau lokasi lain selama 14 hari.

Setakat ini, pihak berkuasa Jepun mengkehendaki orang ramai menetap di rumah atau tempat lain selama dua minggu selepas memasuki Jepun.

Pada masa ini, Jepun melarang semua kemasukan orang asing yang tidak bermastautin kecuali mereka yang diberi kelulusan di bawah "keadaan luar biasa khas."

Tiga kawasan itu menambah lagi senarai 26 negara yang dikenakan langkah-langkah kuarantin yang lebih ketat.

26 negara itu adalah Austria, Belgium, Brazil, Britain, Republik Czech, Denmark, Estonia, Perancis, Jerman, Hungary, Ireland, Israel, Itali, Lubnan, Luxembourg, Netherlands, Nigeria, Pakistan, Poland, Filipina, Slovakia, Afrika Selatan, Sweden, Switzerland, Ukraine dan Emiriah Arab Bersatu. - Kyodo News

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 1 hari yang lalu

Malaysia Teguh Dengan Pendirian, Diplomasi Mekanisme Utama Tangani Konflik Antarabangsa - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

oleh Wartawan Getaran