web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


COVID: Rakyat Malaysia Ziarah Keluarga Antara 32 Kes Baharu Di Singapura

Luar Negara Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Apr 2021 11:45AM

Aplikasi Trace Together yang digunakan di Singapura bagi membantu mengesan mereka yang mempunyai kontak rapat dengan pesakit COVID-19.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SINGAPURA - Seorang lelaki rakyat Malaysia berusia 53 tahun adalah antara 32 kes baharu COVID-19 dilaporkan di Singapura pada Sabtu, menurut Kementerian Kesihatan republik itu.

Kementerian itu menerusi data penuh yang dikeluarkan lewat malam tadi memaklukan lelaki itu yang dilabelkan sebagai Kes 61808, tiba dari Malaysia untuk melawat ahli keluarganya yang merupakan Pemastautin Tetap Singapura.

Rakyat Malaysia yang memegang pas lawatan jangka pendek itu dikategorikan sebagai kes import dan tidak menunjukkan gejala atau asimptomatik.

Setakat tengah hari Sabtu, Singapura mencatatkan 32 kes baharu iaitu 31 kes import dan satu kes dalam komuniti, menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan di sini kepada 60,633.

Sehingga kini, kementerian telah mengklasifikasikan 3,789 daripada kes yang dilaporkan sebagai import, 2,333 kes komuniti dan 54,511 melibatkan penghuni asrama.

Secara keseluruhan, 60,322 kes telah sembuh sepenuhnya dan dibenarkan keluar hospital atau kemudahan rawatan komuniti.

Terdapat 45 kes yang disahkan pada masa ini masih dirawat di hospital dengan seorang dalam keadaan kritikal di unit rawatan rapi.

Sebanyak 236 orang yang mempunyai gejala ringan atau secara klinikal sihat tetapi diuji positif COVID-19 telah diasingkan dan dirawat di kemudahan rawatan komuniti.

Setakat ini, 30 orang telah meninggal dunia di republik ini berikutan komplikasi akibat jangkitan COVID-19.

Tiada kluster COVID-19 di Singapura pada masa ini. - Bernama

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

1 Video, 1 Negara Dinilai: Tindakan Pelancong Malaysia Cetus Perdebatan Tentang Imej Negara

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Mampukah Pengaruh Individu Di Jeram Padang Atasi Kekuatan Parti?

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Remaja 15 Tahun Diserang Dan Disamun, Polis Gerak Unit K9 Buru Suspek 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

oleh Sophia Ahmad