web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tuntut Kenaikan Gaji, Lebih 1,000 Penerbangan Di Perancis Dibatalkan

Luar Negara Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Sep 2022 1:12PM

Pengembara melihat maklumat jadual penerbangan di Terminal 2, Lapangan Terbang Roissy-Charles de Gaulle, Perancis, selepas beberapa penerbangan dibatalkan. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

WASHINGTON - Lebih 1,000 penerbangan di Perancis dibatalkan pada Jumaat, berikutan pengawal trafik udara mengadakan mogok untuk menuntut kenaikan gaji. 

Mogok selama sehari itu diadakan selepas beberapa bulan rundingan berhubung gaji dan rancangan pengambilan pekerja, lapor United Press International (UPI).

Kesatuan kawalan trafik udara, SNCTA, dalam satu kenyataan memaklumkan masalah kekurangan kenaikan gaji itu sesuatu yang tidak wajar. Pekerja memulakan mogok pada 6 pagi Jumaat.

Pihak berkuasa penerbangan Perancis meminta syarikat penerbangan menghentikan separuh penerbangan dan menggesa penumpang menangguhkan perjalanan, sebagai langkah persediaan untuk menangani kesan akibat mogok itu.

Banyak syarikat terpaksa membatalkan penerbangan termasuk membabitkan penerbangan yang hanya melalui ruang udara Perancis dan keadaan ini mencetuskan ketidakpuasan hati. 

"Tidak boleh dimaafkan apabila penumpang yang tidak menaiki penerbangan ke atau dari Perancis turut terkesan," kata Pengarah Operasi Ryanair Neal McMahon.

Ryanair membatalkan 420 penerbangan.

Air France pula membatalkan 55 peratus penerbangan jarak dekat dan sederhana serta 10 peratus penerbangan jarak jauh.

Sementara itu ratusan penerbangan kendalian syarikat EasyJet turut terjejas.

Pengembara Perancis mungkin akan menghadapi lebih banyak gangguan pada akhir bulan ini berikutan mogok tiga hari yang dirancang pada 28 hingga 30 September. - Bernama.

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 18 jam yang lalu

Selangor Terus Perangi Penempatan Haram, Struktur Tanpa Kelulusan Akan Diroboh

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

Ribut Petir, Hujan Lebat Di KL, Labuan Dan 9 Negeri Malam Ini

Semasa 1 hari yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad