web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Raja Britain Raja Charles III Sifatkan ‘Tanggungjawab Berat’ Menerusi Titah Pertama Di Parlimen

Luar Negara Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Sep 2022 7:29AM

Raja Charles III juga berikrar untuk mencontohi mendiang bondanya, Ratu Elizabeth II, dalam titah pertamanya di Dewan Westminster semalam. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

LONDON - Raja Britain Raja Charles III menyuarakan rasa "tanggungjawab yang berat" perlu dipikul dan berikrar untuk mencontohi mendiang bondanya, Ratu Elizabeth II, dalam titah pertamanya di Dewan Westminster semalam.

"Ketika beta berdiri di hadapan semua pada hari ini, beta rasai tanggungjawab menyelubungi, dan  mengingatkan kita tentang tradisi penting yang perlu digalas di dewan yang mulia ini, serta ahli-ahli di kedua-dua dewan terus mengabdikan diri mengutamakan negara berbanding komitmen peribadi untuk kebaikan kita semua, " katanya kepada dewan perwakilan House of Commons dan House of Lords di Dewan Westminster, lapor Xinhua.

Raja Charles III menduduki takhta selepas kemangkatan Ratu Elizabeth II, yang berusia 96 tahun, pada Khamis lepas.

Raja Charles III secara rasmi diisytiharkan sebagai raja baharu Britain pada mesyuarat Acession Council di Istana St James pada Sabtu.

"Ketika masih muda, mendiang Ratu berikrar untuk berkhidmat kepada negara dan rakyatnya dan mengekalkan prinsip kerajaan berperlembagaan yang menjadi nadi negara kita.

“Ratu berpegang teguh terhadap ikrar ini dengan pengabdian yang tiada tandingannya.

"Baginda ratu telah menunjukkan contoh teladan yang baik, dan beta bertekad untuk menuruti langkahnya dengan setia," titah Raja Charles.

Raja Charles III akan berangkat ke Edinburgh bagi mengetuai perarakan mengiringi keranda Ratu ke Katedral St Giles untuk istiadat pemakaman pada hari itu.

Pemakaman negara untuk Ratu Elizabeth akan berlangsung di Westminster Abbey pada 19 Sept, menurut Istana Buckingham. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Ekonomi 2 tahun yang lalu

British Airways Sambung Laluan Ke KL Bermula November

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Raja Charles III Zahir Tahniah Untuk Agong Baharu

3

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Bungkusan Coca-Cola, McDonald's, Pepsico Sumber Pencemaran Terburuk UK 

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Penyertaan UK Dalam Perjanjian Trans-Pasifik Buka Peluang Kepada Malaysia - Fahmi

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 17 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 21 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 21 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad