web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Salman Rushdie Tidak Lagi Guna Ventilator, Boleh Bercakap

Luar Negara Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Aug 2022 3:21PM

Salman Rushdie - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MOSCOW - Novelis Salman Rushdie, yang ditikam ketika festival sastera di New York, kini tidak lagi menggunakan bantuan ventilator dan mampu bercakap, menurut rakan Salman, Aatish Ali Taseer.

"Baru sahaja mendapat berita: “Salman tidak lagi menggunakan ventilator dan mampu bercakap (dan bergurau)…,” tulis Taseer di media sosial pada malam Sabtu, lapor Sputnik.

Pada Jumaat, Salman, 75, ditikam dua kali oleh Hadi Matar, 24, ketika hendak menyampaikan syarahan di Institusi Chautauqua di barat New York.

Ejen Salman, Andrew Wylie sebelum ini memberitahu media bahawa penulis itu telah dikejarkan ke hospital dan menggunakan bantuan ventilator, serta tidak boleh bercakap.

Salman berkemungkinan buta sebelah mata dan turut mengalami kerosakan pada hati serta saraf di tangannya putus, katanya.

Penulis novel terkenal itu telah menjalani pembedahan.

Matar telah ditangkap dan didakwa dengan dua pertuduhan iaitu cubaan membunuh tahap dua dan serangan peringkat dua, dia bagaimanapun mengaku tidak bersalah.

Jika sabit kesalahan, Matar bakal berdepan hukuman penjara sehingga 25 tahun.

Salman ialah penulis kelahiran India yang terkenal dan memenangi pelbagai hadiah sastera serta pernah mencetuskan kontroversi menerusi buku tulisannya The Satanic Verses yang dikatakan menghina Islam. - Bernama

Sorotan

1

Buat Aksi ‘Fast & Furious’ Di Jalan Raya, Pemandu Tanpa Lesen Diburu Polis

2

Ekonomi Kebencian: Apabila Perpecahan Menjadi Model Perniagaan

3

Hos Jualan Siaran Langsung Dakwa Jadi Mangsa Buli Siber, Rugi RM70,000

4

Pokok Gergasi Lebih 150 Tahun Tumbang, Warga Emas Nyaris Maut 

5

Keadilan Tidak Wajar Tunduk kepada Kuasa: Karim Khan, ICC Dan Dunia Hari Ini

6

Gara-Gara Memotong Barisan, 2 Lelaki Akhirnya Bertumbuk

Disyorkan untuk anda

Semasa 18 jam yang lalu

C4 Center, Bersih Gesa Kerajaan Dedah Hasil Siasatan Kes Azam Baki

oleh Sophia Ahmad

Politik 19 jam yang lalu

‘Menang Atau Kalah, Saya Tetap Perdana Menteri’ - Anwar

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Malaysia Tidak Terikat Beri Hak Sama Rata Kepada Pemegang Kad UNHCR - Pakar

oleh Wartawan Getaran

Politik 1 hari yang lalu

PH Lancar Manifesto ‘Johor Untuk Semua’, Sasar 250,000 Pekerjaan Baharu Bergaji Tinggi

oleh Amirah Abu Bakar